Utusan Borneo (Sarawak)

Tubuh sukarelawa­n bomba untuk hadapi kemungkina­n kebakaran

-

KUCHING: Penduduk kampung terutama di pedalaman negeri ini disaran menubuhkan sukarelawa­n bomba untuk menjadi benteng pertama menghadapi kemungkina­n kebakaran di kawasan terbabit.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak Fidzuan Zaidi berkata, langkah itu bertujuan mengawal kebakaran sebelum bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di lokasi kejadian.

Katanya, jika terdapat sukarelawa­n di tempat kejadian, maka sekurang-kurangnya mereka mampu bertindak awal daripada berlakunya kebakaran yang lebih teruk.

“Kita lihat mana- mana kampung sekarang ini terdapat pili bomba, namun malangnya mereka tidak berkeboleh­an menggunaka­nnya,” ujar beliau.

Justeru, Fidzuan berharap pihak JBPM dapat meluaskan program kesedaran tentang kebakaran di kampung-kampung yang berada jauh dari kawasan bandar.

Sementara itu, beliau yang ditemani Bendahari Kehormat AMANAH Sarawak Jini Sahini turut menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Beradek, Demak Laut baru-baru ini.

Dalam kejadian pada 2 September lalu, sebuah rumah di Kampung Beradek yang dihuni seramai tiga keluarga ranap dalam kebakaran pada sebelah petang.

Dalam perkembang­an lain, Fidzuan melahirkan rasa gembira kerana AMANAH semakin mendapat tempat di hati rakyat negeri ini.

Katanya, pembukaan ranting dan cabang parti di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) kian mendapat sambutan.

“Sambutan amat menggalakk­an apabila kami mampu menerima ramai ahli baharu yang menyertai AMANAH Sarawak pada masa ini,” ujarnya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Fidzuan (duduk, kanan) dan Jini (duduk, dua kanan) merakam kenangan sempena penubuhan ranting Parti AMANAH Negara di Kampung Empelam Kabong baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Fidzuan (duduk, kanan) dan Jini (duduk, dua kanan) merakam kenangan sempena penubuhan ranting Parti AMANAH Negara di Kampung Empelam Kabong baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia