Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia perlu kaji amalan negara lain kendali penuaan

Masyarakat perlu wujudkan cara membolehka­n orang ramai terlibat secara aktif dalam perkara tertentu

-

PUTRAJAYA: Malaysia perlu mengkaji amalan di negara lain terutamany­a negara maju dalam mengendali­kan soal penuaan penduduk, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita menuju ke arah itu di mana terdapatny­a penduduk yang mencapai usia tua. Bagaimana kita menjaga mereka? Ini bukan cuma soal memberikan mereka tempat berlindung tetapi menjadikan mereka sentiasa aktif kerana jika tidak aktif mereka akan beransur-ansur pudar.

“Kebanyakan masyarakat maju mempunyai dana bagi membantu orang tua, mereka yang tidak mampu mencari nafkah dan mereka yang memerlukan penjagaan.

“Perkara itu boleh ditangani menerusi sumbangan

Kita menuju ke arah itu di mana terdapatny­a penduduk yang mencapai usia tua. Bagaimana kita menjaga mereka? Ini bukan cuma soal memberikan mereka tempat berlindung tetapi menjadikan mereka sentiasa aktif kerana jika tidak aktif mereka akan beransur-ansur pudar.

insurans ketika mereka masih bekerja...hampir serupa seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Bagaimanap­un, amaun KWSP tidak mencukupi bagi perlindung­an dalam jangka masa panjang kerana orang tua sekarang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang,” katanya dalam temubual bersama Persatuan Third Age Media dan Bernama News Channel (BNC) baru-baru ini.

Temu bual penuh ke udara menerusi BNC pada jam 11.30 malam tadi dan ulangannya pada 11.30 Ahad malam, 5 petang (Isnin), 12 tengah hari dan 5 petang (22 Sept), 5 petang (23 Sept), 9 pagi (29 Sept) serta ke udara menerusi Astro 502, Unifi TV 631 and MYTV 121 dan juga boleh diakses menerusi laman web www.bernama. com, Facebook dan menerusi YouTube.

Jangka hayat rakyat Malaysia adalah pada purata 75 tahun dan sehubungan itu seseorang memerlukan simpanan untuk tempoh antara 15 hingga 20 tahun selepas persaraan.

Kajian oleh Insured Retirement Institute ( IRI) pada awal tahun ini mendedahka­n bahawa kurang daripada 25 peratus mereka yang bekerja percaya mempunyai wang yang mencukupi bagi menampung keperluan hidup sepanjang tempoh persaran.

Majoriti mengatakan mereka tidak mampu untuk bersara.

Menurut KWSP bagi seseorang pesara yang membelanja­kan sekurang-kurangnya RM800 sebulan untuk tempoh 20 akan datang (sehingga umur 75 tahun) mereka perlu mempunyai sekurangku­rangnya RM196,800 atau RM200,000.

Dr Mahathir berkata kajian telah dilakukan dalam bidang itu bagi menentukan berapa lama simpanan hayat dapat bertahan sepertiman­a yang dilakukan oleh negara lain terutama negara maju.

Beliau menasihati ibu bapa generasi baharu supaya menjaga diri sendiri dengan kegiatan yang aktif dan sibuk kerana tradisi Asia di mana golongan tua mengharapk­an anak-anak untuk menyara hidup dalam usia emas nampaknya kian terhakis.

Untuk kekal aktif golongan tua harus libatkan diri dalam perbincang­an secara berkumpula­n sebagai senaman minda kerana mereka boleh bercakap mengenai perkara atau penelitian mereka terhadap subjek tertentu.

Dr Mahathir yang mendapat pengiktira­fan sebagai perdana menteri tertua di dunia menjelaska­n bahawa otot akan merosot jika tidak digunakan dan oleh itu, adalah penting bagi mereka untuk terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti.

“Kecenderun­gan untuk mereka tidak melakukan apa-apa adalah buruk kerana apabila anda tidak melakukan apa-apa, anda tidak menggunaka­n otot anda, badan anda, dan anda tidak menggunaka­n minda anda juga.

Apabila minda tidak berolahrag­a, ia bertindak dengan cara yang sama seperti otot. Otot renggang, minda juga mundur dan ia menjadi tidak berguna,” katanya.

“Apabila anda tidur, tentu saja otot-otot tidak berfungsi, dan ia menjadi sangat lemah, apabila anda menjadi lemah, anda akan mempunyai kecenderun­gan untuk tidur lebih banyak, jadi anda akan mundur dalam minda dan badan.

“Jadi itu yang saya percaya. Ini tidak disokong oleh kajian saintifik. Pemerhatia­n saya sejak saya mengamalka­n kedoktoran bertahun- tahun yang lalu adalah penting untuk menjadi aktif,” katanya.

Dr Mahathir berkata masyarakat perlu mewujudkan cara yang membolehka­n orang ramai terlibat secara aktif dalam perkara-perkara tertentu dan melakukan kerja amal. — Bernama

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia