Utusan Borneo (Sarawak)

Jasa Yap Ah Loy bangunkan Kuala Lumpur harus dikenang

-

PETALING JAYA: Jasa kapitan Cina Yap Ah Loy dalam membangunk­an Kuala Lumpur daripada kawasan penempatan perlombong­an bijij timah selepas perang saudara Selangor atau lebih di kenali sebagai Perang Klang pada awal 1870- an tidak harus dilupakan dari lipatan sejarah,

Cicit kapitan Cina itu, James Yap Mook San, 80, berkata kecekalan moyangnya itu sebagai arkitek Kuala Lumpur harus sentiasa berada dalam sanubari warga kota terutama generasi muda.

“Selepas perang saudara, Kuala Lumpur umpama “padang jarak padang terkukur”, lombong bijih musnah. Ramai yang berputus asa dan meninggalk­annya, namun moyang saya tetap bertahan dan berusaha membangunk­an semula kawasan penempatan itu.

“Beliau ( kapitan Yap) meminta orang ramai menanam padi dan tanaman lain... beliau berhutang untuk membangunk­an kawasan itu dan hampir muflis ekoran kemerosota­n harga bijih timah, namun beliau tidak pernah perputus asa,” kata James kepada Bernama baru- baru ini.

James berkata sungguhpun dilanda musibah pada 1881 apabila sebahagian besar kawasan penempatan itu hangus dijilat api, dan banjir besar yang menghanyut­kan rumah penduduk pada akhir tahun yang sama, ini sama sekali tidak mematahkan semangat moyannya itu untuk terus membangunk­an Kuala Lumpur.

“Persoalann­ya adakah Kuala Lumpur akan wujud seperti adanya sekarang tanpa usaha gigih Yap Ah Loy serta pengikutny­a untuk tetap bertahan dan membangunk­an Kuala Lumpur,”? tanya beliau.

Ekoran pembanguna­n Kuala Lumpur, Residen British memindahka­n pejabatnya dari Klang dan ini membuka jalan ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota Malaysia.

Sementara itu anak James, Glenn Yap bersependa­pat dengan bapanya bahawa Yap Ah Loy meletakkan batu asas kepada Kuala Lumpur sehingga muncul seperti apa yang kelihatan sekarang.

“Beliau melakukan banyak perkara ketika memimpin. Beliau menubuhkan kilang membuat batu bata di Brickfield­s yang merupakan asal usul nama tempat itu. Beliau membina sekolah Cina yang pertama, tokong, rumah kebajikan bagi mereka yang sakit serta infrastruk­tur asas,” katanya.

J.M Gullick dalam bukunya ‘ The Story of Kuala Lumpur ( 1857- 1993)’ menyifatka­n Yap Ah Loy sebagai tuan di Kuala Lumpur sehingga 1879, sebelum campur tangan British yang mengambil alih Kuala.

Abddur- Razzaq Lubis dalam bukunya ‘ Sutan Puasa Founder of Kuala Lumpur’ tidak menafikan bahawa Yap Ah Loy memainkan peranan yang besar dalam membangunk­an semula Kuala Lumpur selepas Perang Klang sehingga 1889.

James berpendapa­t sumbangan moyangnya itu seharusnya dilestari dan diingati sepanjang masa di tempat- tempat seperti Medan Pasar, Pasar Seni dan tokong Sin Sze Si Ya.

Beliau berharap Medan Pasar dapat dinamakan sebagai Medan Yap Ah Loy kerana di situlah kediamanny­a dibina dan tempat beliau memulakan perniagaan.

Yap Ah Loy meninggal dunia pada 15 April, 1884, ketika berusia 47 tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia