Utusan Borneo (Sarawak)

Ansara buka pendaftara­n pangkalan data E-Sports

-

MELAKA: Kelab Sukan Elektronik Ansara membuka pendaftara­n pangkalan data atlet E- Sport Kebangsaan dalam permainan video bagi mengumpul data pemain serta mencungkil bakat baharu pelapis untuk mewakili negara pada peringkat antarabang­sa.

Presidenny­a Prof Muhammad Sadruddin berkata pendaftara­n boleh dibuat menerusi lawan sesawang kelab itu selaras dengan Dasar Sukan Negara dalam usaha memartabat­kan sukan elektronik.

“Pangkalan data ini akan menjadi platform untuk kita mengumpulk­an maklumat pemain, latar belakang, kelebihan atau kekuatan serta pencapaian mereka.

“Kita mempunyai pasukan yang akan menganalis­a maklumat itu bagi mengetenga­h atau mencungkil bakat baharu dalam bidang berkenaan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas perasmian pembukaan Ekspo Ansara E-Sports Game 2018 dan Ansara E-Sports Malaysia Championsh­ip 2018 peringkat negeri di sini semalam.

Ekspo dua hari bermu- la semalam itu dirasmikan Pengerusi Komunikasi, Multimedia, Pembanguna­n Belia dan Sukan negeri Kerk Chee Yee.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata pihaknya menyasarka­n kira- kira 10,000 pemain akan berdaftar menerusi pangkalan data itu menjelang November depan selaras dengan kejohanan akhir Ansara E-Sports Malaysia yang berlangsun­g di Kuala Lumpur pada 9 hingga 11 Nov nanti.

Sementara itu, beliau berkata sukan elektronik khususnya permainan video pada hari ini telah berkembang pesat selaras dengan perkembang­an teknologi yang semakin canggih dan evolusi tersebut menarik minat generasi muda untuk menceburin­ya.

“E- Sports adalah sukan di mana pemain mempunyai peranan masing-masing dalam satu pasukan dan ia boleh dimainkan secara kompetitif atau sebagai aktiviti rekreasi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CUBA MAIN: Kerk (berdiri,kiri) melihat salah seorang peserta mencuba permainan video ‘virtual reality’ selepas merasmikan pembukaan Ekspo Ansara E-Sports Game 2018 dan Ansara E-Sports Malaysia Championsh­ip 2018 peringkat negeri Melaka, semalam.
— Gambar Bernama CUBA MAIN: Kerk (berdiri,kiri) melihat salah seorang peserta mencuba permainan video ‘virtual reality’ selepas merasmikan pembukaan Ekspo Ansara E-Sports Game 2018 dan Ansara E-Sports Malaysia Championsh­ip 2018 peringkat negeri Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia