Utusan Borneo (Sarawak)

Kembara Merdeka peluang tingkatan semangat patriotik mahasiswa

-

KOTA BHARU: Kembara Merdeka Bersama Masyarakat Orang Asli sempena menyambut Hari Malaysia boleh menjadi platfrom kepada mahasiswa meningkatk­an semangat patriotik kepada negara.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Kelantan Nurwahidah­Zinalibdin­berkatakem­bara tersebut merupakan inisiatif jabatannya bersama beberapa agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Ia memberi peluang kepada mahasiswa bagi meraikan sambutan Hari Malaysia bersama masyarakat Orang Asli di Pos Pasik, Gua Musang,” katanya kepada Bernama semasa pelepasan kembara tersebut.

Kembara dua hari yang bermula semalam membabitka­n 60 peserta dengan 16 kenderaan memasuki kawasan perkampung­an Orang Asli di Pos Pasik untuk menyambut Hari Malaysia yang akan disambut pada hari ini.

Ia mendapat kerjasama daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Kesihatan Kelantan dan Kelab Pancuan Empat Ronda Darul Naim.

Mengulas lanjut Nurwahidah berkata pihaknya mahu mahasiswa bukan hanya mengibarka­n Jalur Gemilang semata-mata sempena sambutan berkenaan, malah mahu mereka mendalami pelbagai budaya yang ada di negara ini.

“Kembara kali ini membolehka­n mahasiswa memberikan khidmat sosial kepada masyarakat Orang Asli berkaitan ilmu yang dimiliki oleh mereka selain berkongsi budaya adat resam dengan masyarakat tersebut,” katanya.

Sementara itu pelajar UMK kampus Pengkalan Chepa Mohammad Asri Nor, 23, berkata ia merupakan pengalaman pertama baginya memasuki perkampung­an Orang Asli. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia