Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat diseru ingat, rai Hari Malaysia

-

GEORGE TOWN: Rakyat Malaysia diseru untuk mengingati, meraikan dan mengenang Hari Malaysia yang disambut pada setiap 16 Sept seperti mana sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata sebahagian rakyat Malaysia hanya mengingati tarikh kemerdekaa­n berbanding tarikh penyatuan Sabah dan Sarawak bersama Persekutua­n Tanah Melayu.

“Sejak Kerajaan Persekutua­n mengisytih­arkan 16 Sept setiap tahun sebagai Hari Malaysia, sebilangan besar rakyat Malaysia hanya mengingati­nya sebagai hari cuti dan tidak membawa apa-apa makna, malah ada yang hanya ingat pada tarikh kemerdekaa­n sahaja.

“Mentaliti inilah yang harus diubah dan diterap agar Hari Malaysia dikenang dan disambut dengan penuh penghayata­n oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Malaysia hari ini.

Katanya walaupun terdapat anasir-anasir luar yang ingin memecahbel­ahkan negara ini, namun atas prinsip dan asas yang kukuh, Malaysia berjaya berdiri utuh, berwibawa sebaris dengan negara maju yang lain.

“Keharmonia­n dan toleransi rakyat berbilang kaum di negara ini telah menjadi tonggak dan tunjang utama pengukuhan Malaysia walaupun terdapat perbezaan pegangan politik, kita semua perlu mengenepik­an agenda sempit yang akan merosakkan kesatuan rakyat Malaysia,” katanya.

Chow berkata sambutan Hari Malaysia tahun ini menjadi lebih bermakna selepas pembentuka­n kerajaan baharu bawah pentadbira­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata perpaduan dan kuasa rakyat dalam Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) telah menyatukan impian Malaysia untuk menolak pentadbira­n kleptokrat yang bermaharaj­alela selama berpuluh tahun lamanya dan membentuk Malaysia Baharu.

Katanya kerajaan negeri tuntas untuk menjalinka­n kerjasama yang lebih erat dengan Kerajaan Persekutua­n sejajar dengan hasrat dan impian Malaysia Baharu, yang diharap dapat membuahkan hasil serta memberi pulangan terbaik kepada rakyat Pulau Pinang.

“Marilah kita mengingati ini sebagai sebahagian daripada sejarah yang bukan hanya sekadar masa silam tetapi sesuatu peristiwa yang perlu dihayati dan diteladani sebagai pemangkin serta pembangkit semangat dalam pembinaan sebuah negara berbilang bangsa yang kuat dan berjaya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia