Utusan Borneo (Sarawak)

Selepas empat destinasi MYDIN di seluruh negara raikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: MYDIN meraikan MalaysiaKu 2018 ke Sarawak selepas empat destinasi MYDIN di seluruh negara meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata, kempen tersebut diadakan dengan kerjasama pihak Jabatan Penerangan Malaysia.

“Sebelum ini, kita telah mengadakan pameran dan pelbagai aktiviti di lima lokasi MYDIN iaitu di Bukit Mertajam Pulau Pinang, USJ Subang Jaya, Meru Raya Perak, Mutiara Rini Johor dan Petra Jaya bermula semalam.

“Ia bagi meraikan kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas, aman dan makmur serta memberi kesedaran patriotism­e dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini,” katanya di dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Bahkan pihaknya turut memperkena­lkan tiga komponen utama di dalam kempen tersebut iaitu ‘MyPledge’, ‘Shop’, ‘Fly’ dan ‘Drive’ serta ‘Shop, Collect and Redeem’.

Tambah Ameer, kempen MYPLEDGE menyeru semua warganegar­a untuk menyatakan ikrar mereka berkenaan sumbangan yang mahu mereka berikan kepada negara.

Ia bagi meraikan kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas, aman dan makmur serta memberi kesedaran patriotism­e dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini. Datuk Wira Ameer Ali Mydin Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd

Ia berlangsun­g di semua cawangan MYDIN selama sebulan berakhir hari ini, 16 September menyasarka­n pengiktira­fan daripada The Malaysia Book of Records dengan sasaran sebanyak 500,000 ikrar rakyat Malaysia

Justeru itu juga, kempen Shop, Fly and Drive juga akan diadakan sehingga hari ini, (16 September) hanya dengan berbelanja RM150 di manamana cawangan MYDIN dan rebut peluang memenangi hadiah lumayan enam kereta Proton Suprima Turbo 1.6T, 12 motosikal MODENAS, 12 tiket penerbanga­n pergi balik ( Kuala Lumpur- PhuketKual­a Lumpur).

Juga set kalung mutiara daripada Wah Chan, baucar beli-belah MYDIN dan banyak lagi, ujarnya semalam.

MYDIN turut mengadakan ‘Cabaran Gardenia’ bermula semalam sehingga 17 September ini dengan kerjasama bersama radio tempatan Cats FM yang diadakan setiap jam 12 tengah hari, 3 petang dan 8 malam.

Malam semalam turut menyaksika­n kumpulan Pinanak Sentah mengadakan tarian kebudayaan untuk dipertonto­nkan kepada para pengunjung berakhir jam 10 malam.

Sementara itu, ‘Dapur Antap 2.0’ turut menghangat­kan suasana dengan 10 peserta berentap ke melayakkan diri ke peringkat akhir dalam menyediaka­n hidangan istimewa sempena Hari Malaysia dan membawa pulang hadiah menarik,

Konsert Mini diadakan dengan penampilan istimewa Faizal Izzani, Band Atmosfera, Floor 88, Fieya Juliya selain Cats Eposed Mini Showcase pada 17 September menampilka­n artis tempatan seperti Fatah Abdullah, Ernie Diana, The Armchair, In-Tra dan Imaginasi Music.

Kempen Derma Darah akan dijalankan hari ini, 16 September bagi membantu golongan yang memerlukan selain ‘Umbrella Walk’ anjuran Program Bersepadu Sekolah pada awal pagi hari ini.

Pihak MYDIN dengan kerjasama Jabatan Kraftangan Sarawak dan Jabatan Kebudayaan Sarawak mengadakan Karnival Kraftangan bermula 14 sehingga 30 September ini.

Seramai dua usahawan kraf masing dari Sabah dan Semenanjun­g Malaysia bersamasam­a 21 pengiat aneka kraf, tekstil logam dan makanan tardisiona­l Sarawak.

“Kita perkenalka­n harga promosi harga istimewa khas untuk warga Sarawak sepanjang 14 sehingga 30 September di MYDIN Petra Jaya dan MYDIN Samariang.

“Seperti Ayam ( 1kg) RM6.89 (14-17 September), Beras Wangi 10 kg, RM37.99, Minyak Masak Naturel 3kg RM19.99, Breeze 3.8kg RM19.49, Ikan Cencaru 1kg, RM7.99, Lobak 1kg, RM2.99 dan Ubi Kentang 1 kg RM1.59,” katanya.

Semalam turut menyaksika­n seramai hampir 200 kanak-kanak berusia 5 sehingga 9 tahun menyertai Pertanding­an Mewarna.

Turut dibawakan penampilan istimewa watak kartun Didi dan Jojo yang membuatkan kanak-kanak teruja semalam.

Pertanding­an saringan bagi karaoke dari 16 sekolah rendah dan 11 sekolah menengah Pendidikan Khas dari seluruh Sarawak turut diadakan sama.

 ??  ?? TUNJUK BAKAT: Peserta Orang Kelainan Upaya (OKU) dari sekolah menengah pendidikan khas sedang berkaraoke bagi melayakkan diri ke peringkat akhir pertanding­an.
TUNJUK BAKAT: Peserta Orang Kelainan Upaya (OKU) dari sekolah menengah pendidikan khas sedang berkaraoke bagi melayakkan diri ke peringkat akhir pertanding­an.
 ??  ?? TERUJA: Karenah anak-anak ketika Pertanding­an Mewarna yang diadakan di MYDIN Petra Jaya semalam.
TERUJA: Karenah anak-anak ketika Pertanding­an Mewarna yang diadakan di MYDIN Petra Jaya semalam.
 ??  ?? KALI INI MENANG: Pemenang Pertanding­an Mewarna kanak-kanak dari Kategori A di MYDIN Petra Jaya.
KALI INI MENANG: Pemenang Pertanding­an Mewarna kanak-kanak dari Kategori A di MYDIN Petra Jaya.
 ??  ?? BAKAT: Para pemenang Pertanding­an Mewarna kanak-kanak dari Kategori B di MYDIN Petra Jaya.
BAKAT: Para pemenang Pertanding­an Mewarna kanak-kanak dari Kategori B di MYDIN Petra Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia