Utusan Borneo (Sarawak)

Alcacer jaringkan gol penting untuk membuktika­n diri kepada Dortmund

-

BERLIN: Rekruit pinjaman baharu Borussia Dortmund dari Barcelona Paco Alcacer menjaringk­an gol pada penampilan sulungnya dalam kemenangan 3-1 kelmarin ke atas Eintracht Frankfurt.

Penyerang Sepanyol beru- sia 24 tahun itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua untuk melengkapk­an kemenangan selepas gol-gol daripada Abdou Diallo dan Marius Wolf membantu mengangkat Dortmund ke tempat teratas Bundesliga denga tujuh mata.

Namun masa mereka di puncak mungkin tidak lama kerana Bayern Munich, Wolfsburg dan Hertha Berlin ketinggala­n hanya satu mata sahaja di belakang sebelum perlawanan pada hujung minggu ini.

Gol Eintracht dijaringka­n pada minit ke-68 hasil rembatan voley oleh Sebastien Haller.

Semalam Robert Lewandowsk­i meraikan penampilan ke-200 apabila bintang Poland itu cuba meneruskan prestasi awal musim yang cemerlang apabila Bayern menerima kunjungan Bayer Leverkusen.

RB Leipzig mengutip hanya satu mata sahaja daripada dua perlawanan pembukaan mereka, dan melayan kun- jungan pasukan Hanover yang berdisipli­n.

Jurulatih tertua dalam Bundesliga akan bertemu denga jurulatih termuda apabila Fortuna Duesseldor­f menerima lawatan Hoffenheim.

Friedhelm Funkel, 64, berharap untuk mengelak penyingkir­an bersama Duesseldor­f pada tahun ini manakala Julian Nagelsmann yang berusia 31 tahun akan membimbing Hoffenheim dalam Liga JuaraJuara pada minggu depan. — AFP

 ??  ?? MENYERLAH: Alcacer ( dua kiri) meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi Bundesliga di antara Dortmund dan Eintracht di Signal Iduna Park.
MENYERLAH: Alcacer ( dua kiri) meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi Bundesliga di antara Dortmund dan Eintracht di Signal Iduna Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia