Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Tuchel jadikan kemenangan 4-0 ke atas Saint Etienne sebagai bekalan semangat untuk kunjungan ke Liverpool

-

PARIS: Kylian Mbappe dan Neymarmeno­ntonperlaw­anan bersama penonton apabila Paris Saint-Germain (PSG) bersiap sedia untuk kunjungan mereka ke Liverpool dalam Liga Juara- Juara dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Saint-Etienne dalam Ligue 1 kelmarin.

Julian Draxler, Edinson Cavani, Angel di Maria dan pemain muda Moussa Diaby menemui jaring di Parc des Princes untuk membolehka­n PSG mencatatka­n lima kemenangan dalam lima perlawanan pada permulaan kempen mereka untuk mempertaha­nkan kejuaraan Perancis.

Ia ternyata kemenangan yang cemerlang bagi PSG, yang sudah menjaringk­an 17 gol dalam liga pada musim ini, dan Thomas Tuchel merupakan jurulatih pertama untuk memenangi lima perlawanan liga pertamanya selaku pengurus di kelab itu.

“Kami sudah menang lima kali dan itu menunjukka­n kami masih mempunyai keinginan untuk terus menang,” kata Tuchel.

Bagaimanap­un, PSG bakal berdepan dengan ujian yang jauh lebih sukar di Anfield dalam perlawanan pembukaan kumpulan mereka dalam Liga Juara-Juara berbanding perlawanan di sini menentang Saint-Etienne.

“Saya juga gembira kerana kami telah bermain tanpa kepala kami diganggu oleh perlawanan pada Selasa,” ujar jurulatih PSG dari Jerman itu.

“Saya ada idea (mengenai barian pemainnya) tetapi saya masih memikirkan­nya. Saya akan bercakap dengan pemain penting dan saya akan menonton perlawanan Liverpool menentang Tottenham esok dan membuat Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara PSG dan Saint Etienne di Stadium Parc des Princes di Paris. keputusan pada Isnin.”

Mbappe tidak bermain selepas dia memulakan penggantun­gan bagi tiga perlawanan yang dijatuhkan setelah dilayangka­n kad merah dalam kemenangan di Nimes sejurus sebelum waktu rehat antarabang­sa, dan Neymar duduk di sisinya di kalangan penonton, direhatkan selepas bermain utuk Brazil dalam perlawanan persahabat­an di Amerika Syarikat pada pertengaha­n minggu ini.

Bermain tanpa dua pemain paling mahal di dunia tidak menjadi masalah bagi juara bertahan itu, dan Tuchel dapat memberikan peluang pertama kepda Draxler pada musim ini untuk bermain manakala pemain tengah Marco Verratti tampil dalam perlawanan Ligue 1 buat pertama kali sejak Mac lalu.

Penampilan sulung juga dilakukan oleh pemain pertahanan Sepanyol Juan Bernat selepas dia berpindah baru- baru ini dari Bayern Munich, dan sementara pasukan pelawat bermula dengan cukup baik, PSG tidak pernah menoleh ke belakang selepas menjaringk­an gol pendahulua­n pada pertengaha­n separuh masa pertama.

Bola Verratti dari atas menjumpai Draxler dalam kotak penalti, dan pemain tengah Jerman itu menga- wa l bola dengan kepalanya sebelum dia menandukny­a di atas penjaga gol Saint-Etienne, Stephane Ruffier.

Pemain Saint-Etienne memakai jersi yang tertera nama William Gomis, seorang bekas pemain remaja di kelab itu yang ditembak mati di selatan Perancis pada awal minggu ini.

Gol kedua PSG tiba sejurus selepas waktu rehat, apabila Cavani menyempurn­akan tendangan penalti, gol ketiganya dalam tiga perlawanan pada musim ini, selepas dia ditebang dalam kotak penalti oleh Loic Perrin.

Dengan penjaga gol PSG, Alphonse Areola, yang diuta- makan sebelum Gianluigi B u f f o n dan baharu sahaja membuat dua penampilan pertamanya untuk Perancis, sekadar menjadi penonton perlawanan, pasukan tuan rumah seterusnya menambah dua gol lagi pada hujung perlawanan.

 ?? — Gambar Reuters ?? BERBISA: Cavani meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut.
— Gambar Reuters BERBISA: Cavani meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut.
 ??  ?? BERTEMBUNG DI UDARA:
BERTEMBUNG DI UDARA:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia