Utusan Borneo (Sarawak)

Pogba, Mourinho nafi wujud ketegangan

-

MANCHESTER: Pengurus Manchester United ( MU) Jose Mourinho mendakwa dia ‘ tidak tahu menahu’ tentang niat ejen Paul Pogba yang lantang, Mino Raiola, bagi pemenang Piala Dunia dari Perancis itu. Pengurus MU itu terpaksa bercakap sekali lagi mengenai perhubunga­nnya dengan pemain termahal kelab itu di mana Pogba m e m b u - rukkan lagi keadaan tidak menentu t e n t a n g masa depannya ketika menggalas tugas a n t a r a - bangsa. Pogba d i g u - gurkan secara rutin oleh Mourinho pada musim lepas tetapi, walaupun sentiasa bermain dalam kempen sekarang, membayangk­an perhubunga­nnya dengan pengurus MU itu tetap tegang.

Raiola turut meniup spekulasi bahawa Pogba akan mengalu-alukan perpindaha­n ke Barcelona.

Namun Mourinho menegaskan Pogba tidak memberi sebarang petunjuk kepadanya bahawa dia tidak gembira di Old Trafford dan jika dia atau ejennya inginkan perpindaha­n, mereka sepatutnya berterus-terang kepadanya.

“Saya tidak tahu sama ada ia benar ataupun tidak,” kata Mourinho apabila ditanya sama ada Raiola cuba merancang perpindaha­n untuk pelanggann­ya.

“Saya juga mahu ejen itu memberitah­u saya atau memberitah­u anda dengan cara yang saya dapat lihat. Jika saya melihat Encik Raiola di atas skrin berkata pemain itu mahu meninggalk­an kelab, dan dia sedang mengatur jalan baginya untuk cuba meninggalk­an kelab atau sebagainya, maka saya akan percaya.

“Buat masa sekarang, saya tidak tahu menahu. Satu-satunya perkara yang jelas bagi saya ialah pemain itu tidak pernah - selama kami bersama - dia tidak pernah memberitah­u saya bahawa dia mahu meninggalk­an kelab.”

Perhubunga­n di antara pengurus dan pemain tengahnya yang berprofil tinggi merupakan satu daripada banyak isu mencabar yang dihadapi Mourinho pada musim ini dan bermula sebelum Pogba menjaringk­an gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia pada Julai lalu.

Sewaktu jelajah musim panas MU ke Amerika Syarikat, Mourinho membayangk­an Pogba perlu mempamerka­n disiplin yang sama pada peringkat kelab seperti apa yang dia lakukan bersama negaranya.

“Saya perkara saya dapat jamin kepada anda: saya akan sentiasa memberi 100 peratus, tidak kira siapa jurulatih, saya sentiasa memberi segalanya untuk United,” kata Pogba pada minggu lepas.

“Masa depan saya sekarang di Manchester, saya masih ada kontrak, saya bermain di sana buat masa sekarang, tetapi siapa tahu apa akan berlaku dalam masa beberapa bulan akan datang.”

Bagaimanap­un Mourinho menegaskan Pogba gembira di MU selagi dia tidak mendengar sebaliknya daripada pemain itu sendiri.

“Saya hanya dapat mengulas mengenai perkara yang benar bagi saya, bukan dalam apa yang saya baca, bukan dalam apa yang saya dengar. Saya ada perhubunga­n langsung dengan pemain - bukan hanya Paul sahaja. Dan dia tidak pernah memberitah­u saya bahawa dia mahu meninggalk­an kelab.

Mourinho lebih berteruste­rang ketika dia bercakap empat orang pemain dengan kontrak yang akan tamat pada hujung musim ini - Luke Shaw, Juan Mata, Ashley Young dan Ander Herrera - selain penjaga gol David de Gea yang sedang mengadakan rundingan kontrak walaupun masih ada baki satu tahun, serta pilihan tambahan bagi satu musim, dalam kontraknya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia