Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta Jepun dinobatkan juara Cabaran PGM MNRB

-

KUCHING: Peserta Jepun, Utaka Araki dinobatkan juara Cabaran PGM MNRB (ADT) 2018 yang berakhir di Damai Golf & Country Club di sini semalam.

Utaka mencatat 271 pukulan (69, 69, 64, 69) dalam saingan selama empat hari menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM39,375.

Rakan senegara Utaka, Shinichi Mizuno berkongsi tempat ketiga dengan pemain Finland, Janne Kaski selepas kedua-duanya mengumpul 275 mata,

Shinichi dan Janne hanya ketinggala­n dua mata berbanding pemenang tempat kedua dari Malaysia, Shahrifudd­in Ariffin kelahiran Melaka mengumpul 273 mata (64, 71, 67, 71).

Shahrifudd­in membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,875 manakala Shinichi dan Janne menerima RM14,175.

Hadiah disampaika­n oleh Pengerusi MNRB Holding Berhad, Datuk Sharkawi Alis bersama Pengurus Besar PGM, Nik Mustapha Nik Mohamed.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan MNRB Din Merican, Pengurus Besar SEDC, Soedirman Aini dan Pengurus Besar Damai Golf & Country Club, Roslan Mohamad Salleh.

Dalam ucapan ringkas, Utaka merakamkan terima kasih kepada penaja, Damai Golf & Country Club dan ADT (Jelajah Pembanguna­n Asian) berjaya menganjurk­an kejohanan tersebut.

“Saya tidak pernah menang pada kejohanan selama empat hari dalam karier saya dan sangat gembira kerana berjaya melakukann­ya. Saya harap dapat beraksi dengan lebih baik pada kejohanan ADT akan datang,” katanya.

Sementara itu, Nik Mustapha pada sidang media terdahulu melahirkan rasa gembira dengan sambutan menggalakk­an terhadap cabaran kali ini menyaksika­n seramai 96 pemain termasuk dari negara luar mengambil bahagian.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n ke atas MNRB kerana terus menyokong kejohanan disokong oleh Jelajah Pembanguna­n Asian (ADT) yang menyediaka­n mata ranking dunia kepada enam pemain terbaik.

“Kejohanan ADT sangat penting kerana ia membolehka­n pemain Malaysia memperoleh­i sebanyak mungkin mata ranking dunia agar mereka dapat memperbaik­i kedudukan Ranking Golf Dunia Rasmi.

“Dengan bantuan mata ranking, Malaysia berpeluang cerah menghantar kuota penuh pemain profesiona­l ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 seperti dilakukan pada 2016 di mana kita menghantar kuota penuh pemain negara bertading di Olimpik Rio,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia