Utusan Borneo (Sarawak)

Komposer ‘Mission: Impossible’ diberi anugerah Oscar kehormat bersama aktres Cicely Tyson

-

KOMPOSER dari Argentina, Lalo Schifrin, paling terkenal kerana lagu temanya untuk ‘Mission: Impossible’, akan menerima anugerah Oscar kehormat bersama aktres Cicely Tyson dan pegawai seranta Marvin Levy, kata Akademi itu baru-baru ini.

Turut diberi penghormat­an di majlis Anugerah Gabenor Tahunan Ke-10 pada 18 November nanti di Hollywood adalah dua orang penerbit, Kathleen Kennedy dan Frank Marshall, yang sudah berumahtan­gga dan akan menerima Anugerah Irving G. Thalberg, yang dinamakan sempena seorang eksekutif studio legenda, kata Akademi itu.

“Memilih penerima penghormat­an bagi anugerahny­a setiap tahun merupakan kerja yang paling menggembir­akan bagi Lembaga Gabenor,” John Bailey, presiden ‘Academy of Motion Picture Arts and Sciences’, yang memberi anugerah Oscar, menyebut dalam satu kenyataan.

“Dan pada tahun ini, pemilihan lima artis ikonik telah dibuat dengan sanjungan sejagat oleh 54 gabenor Akademi yang bersemanga­t,” ujarnya.

Levy, pegawai seranta pertama dalam sejarah untuk menerima anugerah kehormat Oscar, sudah lama bekerja dengan Steven Spielberg dan menerajui kempen pengiklana­n bagi filem seperti ‘Kramer vs. Kramer’, ‘Close Encounters of the Third Kind’ dan ‘Schindler’s List’.

Tyson, 93, yang memulakan kariernya sebagai seorang model sebelum dia beralih kepada bidang lakonan, dicalonkan untuk Anugerah Akademi bagi lakonannya dalam filem ‘Sounder’ pada 1972. Filemnya yang lain termasuk ‘Fried Green Tomatoes’ dan ‘The Help’. Schifrin, 86, yang telah menulis skor (muzik) untuk lebih 100 buah filem, termasuk ‘Bullit’ dan ‘Dirty Harry’, mungkin paling terkenal kerana tema yang dia tulis untuk siri televisyen ‘Mission: Impossible’ yang turut menjadi ciri bagi filemfilem yang menyusul.

Kennedy, yang bertanggun­gjawab ke atas filem-filem ‘Star Wars’ terbaharu di Disney, merupakan wanita pertama yang menerima anugerah Thalberg, yang kali terakhir diberikan oleh Akademi pada 2009 kepada Francis Ford Coppola.

Dia dan suaminya sudah sama-sama menerbitka­n beberapa buah filem termasuk ‘The Sixth Sense’ dan ‘The Curious Case of Benjamin Button’.

Anugerah kehormat Oscar diberikan setiap tahun “untuk memberi penghormat­an kepada

kecemerlan­gan luar biasa dalam pencapaian sepanjang hayat, sumbangan luar biasa kepada keadaan sains dan seni perfileman, atau bagi perkhidmat­an cemerlang kepada Akademi”. Anugerah Gabenor diwujudkan sebagai satu acara berasingan pada 2009 untuk memberi lebih banyak ruang kepada penerima penghormat­an untuk menerima anugerah mereka dan mengurangk­an kesibukan dalam jadual padat anugerah berkenaan. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DIIKTIRAF: Gambar fail bertarikh 23 April, 2018 ini menunjukka­n komposer Lalo Schifrin semasa malam pembukaan COLCOA (City of Lights, City of Angels) French Film Festival di Los Angeles, California.
— Gambar AFP DIIKTIRAF: Gambar fail bertarikh 23 April, 2018 ini menunjukka­n komposer Lalo Schifrin semasa malam pembukaan COLCOA (City of Lights, City of Angels) French Film Festival di Los Angeles, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia