Utusan Borneo (Sarawak)

Dua bekas ‘skinhead’ dipenjara tujuh dan 11 tahun, bunuh remaja antifasis

-

PARIS: Dua bekas ‘ skinhead’ telah dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh dan 11 tahun oleh sebuah mahkamah Paris kelmarin kerana membunuh seorang antifasis berusia 18 tahun dalam satu pergaduhan pada 2013.

Hukuman paling berat dijatuhkan kepada Esteban Morillo, yang mengaku telah melakukan pukulan maut menyebabka­n pelajar Clement Meric koma. Beliau kemudian telah meninggal dunia.

Rakan tertuduh, Samuel Dufour, yang berada di samping Morillo namun tidak memukul Meric, telah menerima hukuman selama tujuh tahun.

Kedua-dua mereka akan merayu bagi hukuman, menurut peguam mereka.

Ibu bapa Meric telah menerima dengan baik keputusan tersebut.

“Keputusan mahkamah menetapkan siapa yang bertanggun­gjawab, dan melakukan satu penamat kepada penipuan mengenai kelakuan Clement,” ayah beliau Paul- Henri Meric berkata, sambil menambah “terdapat penyerang dan terdapat juga mangsa.”

Pendakwaan telah memohon satu hukuman selama 12 tahun bagi Morillo bagi apa yang dikatakan sebagai satu tindakan “kekejaman”, dan tujuh tahun untuk Dufour.

Seorang tertuduh ketiga telah dibebaskan.

Meric, seorang pelajar di sebuah universiti berprestij Sciences-Po, telah meninggal dunia selepas satu pergaduhan di sebuah kawasan membeli- belah sibuk di Paris pada Jun 2013 di antara kumpulan ‘ skinhead’ dan aktivis sayap kiri.

Kematianny­a telah mencetuska­n kejutan di Perancis ketika kebimbanga­n mengenai pertambaha­n kumpulan haluan kanan ekstrem, beberapa kumpulan daripadany­a telah diharamkan selepas serangan itu.

“Penahanan adalah bukannya kemenangan,” ibu Meric, Agnes, menyatakan selepas keputusan itu. “Apa yang diperlukan adalah untuk terus menentang kawasan pembiakan bagi golongan haluan kanan ekstrem.”

Beberapa ratus antifasis telah berkumpul di Paris bagi keputusan itu, melaungkan:

“Clement! Clement! Kami tidak akan melupakan, kami tidak memaafkan.” — AFP

 ??  ??
 ?? — AFP ?? TUNTUT KEADILAN: Penunjuk perasaan membawa kain rentang yang tertera gambar mendiang Clement Meric ketika berdemonst­rasi di Paris, kelmarin.
— AFP TUNTUT KEADILAN: Penunjuk perasaan membawa kain rentang yang tertera gambar mendiang Clement Meric ketika berdemonst­rasi di Paris, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia