Utusan Borneo (Sarawak)

Anak syarikat JHM sasar tingkatkan eksport ke Eropah

-

FRANKFURT: Selain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjadi tulang belakang kepada penyertaan Malaysia pada Automechan­ika Frankfurt 2018 yang sedang berlangsun­g dan diadakan selama lima hari, sebuah syarikat yang mengeluar dan memasang komponen elektronik bagi lampu automotif, mengambil bahagian pada pameran perdaganga­n bagi komponen automotif terbesar di dunia itu sebagai usaha untuk menembusi pasaran Eropah.

Morrisey Assembly Solution Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh JHM Consolidat­ion Bhd yang merupakan syarikat senaraian awam dan berpangkal­an di Sungai Petani, Kedah, mempunyai 950 pekerja dan mencatatka­n perolehan sebanyak RM250 juta pada 2017, kata Pengurus Pembanguna­n Perniagaan­nya, Morris Lim.

Katanya pasaran Amerika Syarikat ( AS) merupakan pasaran eksport terbesar bagi produknya dan syarikat itu berminat untuk mengembang­kan eksportnya ke Eropah dan negara lain di Asia.

“Kami telah mempunyai hubungan perniagaan di Austria, Jerman, Perancis dan Itali. Kami telah menerima pertanyaan perniagaan yang kami yakin akan membawa kepada urus niaga perniagaan yang baik,” katanya dalam temu bual dengan Bernama pada pameran itu, yang berakhir semalam.

Lim berkata Morrisey Assembly telah mendapat pertanyaan dari Thailand dan Austria.

Syarikat itu bersaing dengan kumpulan peserta pameran yang besar dari negara seperti China, India, Turkiy, Jepun, Korea Selatan dan Thailand.

“Produk kami setanding dengan produk Turki dari segi harga dan kualiti. Malah, berbanding China, kualiti kami lebih baik walaupun produk Cina mungkin lebih murah,” kata Lim.

Suasana di Automechan­ika pada tahun ini mempunyai ciri-ciri tidak menentu disebabkan dasar perlindung­an yang meningkat di AS dan pasaran utama lain.

“Dasar perlindung­an di AS dibincangk­an pada pameran itu.

Bagaimanap­un, kami belum merasai impak daripada tarif yang dikenakan, misalnya, ke atas import China ke AS. Banyak syarikat import memilih produk Malaysia disebabkan kita tidak terjejas,” katanya.

Lim juga berkata pameran perdaganga­n itu bertindak sebagai “pintu kepada inovasi dan teknologi pembaikan baharu” kepada peserta pameran, yang menyediaka­n peluang bukan sahaja untuk menemui pembeli tetapi juga memberi pendedahan yang luas kepada inovasi dan teknologi terkini yang amat penting kepada pembekal komponen automotif.

Pengarah Automechan­ika Frankfurt Olaf Musshoff, pada majlis anugerah pada hari pembukaan pameran tersebut, berkata “Kekukuhan inovasi di Automechan­ika tiada tandingan”. — Bernama

 ??  ?? SIMBOLIK: Tony (tengah) ditemani (dari kiri) Abang, Albert, Wong dan Ahmadi memotong reben tanda perasmian Pusat 3S Proton, KH Motor.
SIMBOLIK: Tony (tengah) ditemani (dari kiri) Abang, Albert, Wong dan Ahmadi memotong reben tanda perasmian Pusat 3S Proton, KH Motor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia