Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat operasi baharu 3S dibuka di Kota Samarahan

KH Motor Pusat 3S pertama di negeri ini yang dilengkapi kemudahan setelah dinaik taraf

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: KH Motor Sdn Bhd yang merupakan pengedar PROTON Holdings Berhad ( Proton) kini memiliki pusat operasi baharu 3S ( Jualan, Servis dan Alat Ganti) yang pertama di negeri ini.

Majlis perasmian pembukaan pusat operasi yang dinaik taraf kepada 3S itu disempurna­kan Pengarah Pembanguna­n Rangkaian Proton Tony Thingharan di Pusat 3S Proton KH Motor, Kota Samarahan di sini semalam.

Beliau dalam ucapan perasmiann­ya berkata, pusat operasi itu merupakan antara 100 pusat seluruh negara yang diluluskan untuk di- naik taraf kepada 3S dan 4S (Jualan, Servis, Alat Ganti dan Cat).

“Tahniah kepada KH Motor di atas pembukaan rasmi pusat operasi yang telah dinaik taraf kepada Pusat 3S.

“KH Motor merupakan Pusat 3S pertama di negeri ini yang dilengkapi kemudahan baharu selepas dinaik taraf,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap KH Motor dapat meneruskan inisiatif dalam menyediaka­n kemudahan dan perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat setempat.

“Apa yang membezakan pusat anda adalah perkhidmat­an dan layanan yang diberikan kepada pelanggan kerana produk kita adalah sama, teruskanla­h usaha ini,” tambah Tony.

Selain itu, Tony memberitah­u sepanjang September ini, Proton turut menawarkan promosi istimewa untuk semua model dengan sifar Cukai Perkhidmat­an dan Jualan (SST).

“Saya berharap KH Motor dapat menjadi pengedar Proton terbaik di Sarawak ini,” ujarnya.

Terdahulu, Pengarah Urusan KH Motor Albert Hii Toh Ing berkata, langkah itu bagi menyahut usaha Proton untuk menaik taraf pusat operasi kepada 3S dan 4S.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Proton kerana memberi sokongan padu kepada KH Motor dan memberi panduan untuk kita menaik taraf pusat ini.

“Sekarang kita sudah bersedia untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat di sekitar Kota Samarahan ini,” katanya.

Hadir sama Pengarah Operasi Rangkaian Proton Akmal Khazali, Pengurus Wilayah Malaysia Timur Abang Azhari, Pengurus Proton Sarawak Ahmadi Abdul Latif, Pengarah KH Motor Wong Park Si dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? KAMI DI SINI: Pusat 3S Proton, KH Motor Sdn Bhd kini dibuka secara rasmi di Kota Samarahan.
KAMI DI SINI: Pusat 3S Proton, KH Motor Sdn Bhd kini dibuka secara rasmi di Kota Samarahan.
 ??  ?? KESELESAAN PELANGGAN: Ruangan menunggu untuk pelanggan yang mendapatka­n servis di Pusat 3S, KH Motor Sdn Bhd Kota Samarahan.
KESELESAAN PELANGGAN: Ruangan menunggu untuk pelanggan yang mendapatka­n servis di Pusat 3S, KH Motor Sdn Bhd Kota Samarahan.
 ??  ?? NAIK TARAF: Keadaan ruang pameran di Pusat 3S Proton, KH Motor Kota Samarahan.
NAIK TARAF: Keadaan ruang pameran di Pusat 3S Proton, KH Motor Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia