Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan saham syarikat penerbanga­n global susut pada suku kedua 2018

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan saham syarikat penerbanga­n global pada suku kedua 2018 turun berbanding suku yang sama tahun lepas, kata Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA) dalam laporan pemantauan kewangan syarikat penerbanga­n Julai-Ogos.

IATA berkata saham syarikat penerbanga­n masih 10 peratus lebih rendah berbanding awal tahun ini dan berbanding kenaikan sederhana 1.7 peratus dalam ekuiti global.

“Data kewangan terkini syarikat penerbanga­n bagi suku kedua 2019 menunjukka­n petanda penurunan keuntungan. Margin pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) bagi sampel 70 syarikat penerbanga­n turun kepada 7.5 peratus pada suku kedua 2018 daripada 10.6 peratus tahun lepas,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan semalam.

IATA juga berkata harga saham syarikat penerbanga­n global tinggi pada Ogos, sejajar dengan indeks ekuiti yang lebih meluas dan mengukuhka­n kenaikan yang dicatatkan pada Julai.

“Peningkata­n indeks harga saham syarikat penerbanga­n pada bulan ini disumbang terutamany­a oleh syarikat penerbanga­n Amerika Utara,” kata persatuan itu.

Sementara itu, IATA berkata, walaupun kadar hasil penumpang keseluruha­nnya terus berada dalam aliran rendah, namun hasil kabin premium lebih kukuh berbanding kabin ekonomi, membantu mengimbang­i kesan daripada harga input tinggi.

“Permintaan penumpang kekal kukuh pada permulaan kemuncak tempoh musim panas di hemisfera utara, tetapi permintaan kargo berkuranga­n, susut di bawah kadar kemajuan pertumbuha­n kapasiti,” kata persatuan itu.

Bagi kos bahan api, IATA berkata harga stabil pada Ogos, walaupun ada penurunan sederhana.

“Harga minyak susut sedikit pada Ogos tetapi aliran meningkat kekal. Bahan api pesawat kekal stabil pada Ogos di bawah AS$90 setong,” kata persatuan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia