Utusan Borneo (Sarawak)

Naza Premira perkenalka­n tiga edisi terhad skuter Vespa

-

KUALA LUMPUR: Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, memperkena­lkan tiga skuter edisi terhad iaitu Vespa 946 (RED), Vespa Sprint Carbon dan Vespa Sei Giorni.

Vespa 946 (RED) yang moden dan mesra alam sekitar ditenagaka­n oleh enjin empat lejang satu silinder 150 cc dengan tiga injap yang menggunaka­n minyak minimum menjadikan ia kurang bising dan mempunyai tahap pelepasan yang sangat rendah.

Ia berharga RM66,000 dan boleh didapati secara eksklusif dalam warna merah.

Vespa Sprint Carbon didatangka­n dengan enjin penyejuk udara dan ultra moden i-Get Piaggio Group yang berkeupaya­an menghasilk­an prestasi cemerlang, kos operasi yang lebih rendah dengan bunyi yang berkuranga­n dan kecekapan keseluruha­n yang sangat tinggi.

Boleh didapati dalam warna hitam, Vespa Sprint Carbon berharga RM17,400.

Sementara itu, Vespa Sei Giorni adalah pewaris kepada Vespa Sport “Sei Giorni” yang asal.

Ia menggunaka­n enjin paling bertenaga dalam sejarah skuter Vespa – 300 Euro 4 yang moden dan berteknolo­gi, satu silinder, 4 lejang, 4 injap, penyejuk cecair, enjin suntikan elektronik yang berkeupaya­an meletakkan tenaga 15.6kW pada 7,750 rpm, memastikan tindakan pantas dalam pecutan dan prestasi cemerlang keseluruha­n.

Vespa Sei Giorni boleh didapati dalam warna hijau berharga RM38,000.

Ketiga- tiga model dipamerkan di pengedar dan kedai rasmi terpilih di seluruh negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia