Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan Ta Ann ambil serius permintaan pasaran masa kini

-

KUCHING: Kumpulan Ta Ann mengambil serius permintaan pasaran masa kini untuk pensijilan kayu dan pensijilan produk berasaskan kayu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Ta Ann, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi berkata Ta Ann mengekspor­t hampir kesemua produknya.

Sebab i tu katanya, syarikat mesti memenuhi semua kriteria asas bagi kemampanan dan banyak lagi kriteria lain yang dituntut oleh majlis pensijilan.

“Sebab itu, kami amat serius mengenainy­a dan kami perlu bekerja ke arah ini untuk memenuhi perubahan syarat pasaran ini.

“Kami perlu memastikan kemampanan barang dan perkhidmat­an hutan dan kami perlu memastikan hutan diurus dan dituai dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada jamuan malam anjuran Kumpulan Ta Ann di salah sebuah hotel di sini kelmarin bagi meraikan kejayaan Pensijilan MTCSPEFC oleh Unit Pengurusan Hutan (FMU) Kapit.

Kumpulan Ta Ann dalam pada itu berharap akan mempunyai dua lagi FMU untuk mencapai pensijilan pengurusan hutan mampan tahun depan.

“Kami berharap pada tahun 2022, Ta Ann akan mencapai 100 peratus daripada kawasan –kawasan ini d ibawah pensijilan hutan,” katanya.

FMU Kapit meliputi kawasan seluas 149,756 hektar dan terletak di bahagian selatan daerah Kapit.

FMU Kapit merupakan FMU pertama dibawah Kumpulan Ta Ann untuk m e n c a p a i p e n s i j i l a n pengurusan hutan mampan di bawah Skim Pensijilan P e r k a y u a n M a l a y s i a (MTCS).

Pensijilan bagi pengurusan hutan (hutan asli) di bawah MTCS telah dianugerah­kan olehSIRIMQ­ASInternat­ional Sdn Bhd kepada FMU Kapit pada 11 Jun tahun ini dan sah untuk tiga tahun.

Jamuan pada malam itu turut menyaksika­n Kumpulan Ta Ann menyampaik­an plak kepada empat agensi sebagai penghargaa­n atas kerjasama sehingga mencapai pensijilan tersebut.

Empat agensi yang diberikan penghargaa­n ialah Jabatan Hutan, Sarawak Forestry Corporatio­n, Majlis Pensijilan Perkayuan Malaysia dan SIRIM QAS Internatio­nal Sdn Bhd.

Jamuan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengarah Urusan Kumpulan Ta Ann, Dato Wong Huo Hea serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia