Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran masa kini amat sensitif terutama mengenai pelepasan karbon, alam sekitar

-

KUCHING: Pensijilan pengurusan hutan mampan penting masa kini untuk produk kayu dan minyak sawit dari Sarawak menembusi pasaran global.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggesa syarikat-syarikat Sarawak yang terlibat dalam industri sawit dan kayu untuk memenuhi pensijilan ini.

Pensijilan ini katanya adalah perlu terutama dalam pasaran masa kini yang amat sensitif terutama dalam hal pelepasan karbon dan alam sekitar.

“Adalah menjadi hasrat Kerajaan Sarawak bahawa kita mesti patuh dengan standard antarabang­sa sama ada dalam industri berasaskan kayu mahupun komoditi lain seperti sawit.

“Kita adalah negara perdaganga­n dan kita perlu mengekspor­t produk kita. Jadi kita perlu mematuhi pensijilan ini.

“Dalam kes ini, anda ( syarikat) perlu melabur untuk mendapatka­n pensijilan tersebut supaya anda dapat jual produk anda di manamana tempat di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan jamuan malam anjuran Kumpulan Ta Ann bagi meraikan kejayaan Pensijilan MTCS- PEFC oleh Unit Pengurusan Hutan (FMU) Kapit.

Tambah Abang Johari, terdapat permintaan sekarang untuk pensijilan di mana pembeli hanya akan membeli jikaandame­ngikutipro­sesyang telah dipersetuj­ui antarabang­sa berdasarka­n Kongres Bumi Rio De Janeiro.

“Masyarakat hanya akan membeli dari sumber yang dipersijil­kan dan diiktiraf oleh dunia.

“J i k a a n d a t i d a k mematuhiny­a, pasaran akan boikot anda melainkan anda dapat menunjukka­n mereka pensijilan anda yang mematuhi standard antarabang­sa.

“Jika tidak, mereka tidak dapat menjual semula ke pasaran dan siapa yang mahu import barang yang tidak dapat dijual,” ujarnya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut bercakap mengenai konsep hutan perindustr­ian yang menyediaka­n stok makanan untuk syarikat pada masa yang sama mengekalka­n hutan.

Katanya, Sarawak masih mempunyai kira- kira 84 peratus keluasan tanahnya yang diliputi hutan berbanding Afrika (80 peratus), Utara dan Tengah Amerika (33 peratus) dan Eropah (44 peratus).

“Sarawak masih boleh kekal mampan meskipun sebahagian tanahnya telah digunakan bagi pertanian dan sebahagian bagi tujuan urbanisasi.

“Bagi kekal mampan bermaksud terdapat kawasan tertentu sebagai hutan kekal dan sebahagian adalah hutan tanam. Formula ini akan diteruskan.

“Kita perlu mewujudkan banyak taman negara yang mana tidak boleh disentuh dan terdapat kawasan lain untuk ditanam pokok sebagai stok makanan kepada industri perkayuan kita,” ujarnya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PATUHI STANDARD: Abang Johari (belakang, lima kanan) dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Ta Ann, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi (belakang, empat kanan) merakamkan gambar bersama jemputan lain selepas penyampaia­n plak.
— Gambar Chimon Upon PATUHI STANDARD: Abang Johari (belakang, lima kanan) dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Ta Ann, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi (belakang, empat kanan) merakamkan gambar bersama jemputan lain selepas penyampaia­n plak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia