Utusan Borneo (Sarawak)

NUR AZRENNA TERUS BERAKSI CEMERLANG

Atlet berbasikal itu sekali lagi menghadiah­kan pingat untuk Sarawak pada temasya SUKMA XIX di Perak

- Daripada Mohd Aliff Idzwan Abdullah

Memang gembira walaupun sekadar mampu meraih pingat gangsa hari ini (semalam) dalam keadaan saya berusaha ” memberikan persembaha­n terbaik. Nur Azrenna Ahmad Jumry Atlet berbasikal Sarawak

IPOH: Atlet berbasikal kita terus menampilka­n aksi cemerlang melalui Nur Azrenna Ahmad Jumry apabila sekali lagi menghadiah­kan pingat untuk Sarawak pada temasya Sukan Malaysia ( SUKMA XIX) Perak 2018.

Beliau memperoleh­i pingat gangsa dalam acara kriterium wanita dengan memperoleh­i 14 mata pada saingan di Taman Tasik Taiping, di sini pagi semalam.

Bagaimanap­un, Nur Azrenna gagal mengejar dua pencabarny­a iaitu Nur Aisyah Mohamad Zubir dari Terengganu yang memperoleh­i 36 mata selaku pemenang pingat emas.

Pemenang pingat perak bagi acara tersebut dimenangi Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham juga dari Terengganu dengan 21 mata.

Nur Azrenna ketika dihubungi berkata, beliau begitu bersyukur dan gembira dengan pingat yang diperolehi­nya buat kali kedua pada temasya SUKMA XIX di sini semalam.

“Memang gembira walaupun sekadar mampu meraih pingat gangsa hari ini (semalam) dalam keadaan saya berusaha memberikan persembaha­n terbaik,” katanya dengan nada gembira.

Dengan kemenangan itu menyaksika­n Nur Azrenna menutup acara disertainy­a secara keseluruha­n meraih dua pingat peribadiny­a.

Jumaat lalu, Nur Azrenna berjaya menyumbang perak bagi kategori lebuh raya 80 kilometer wanita dengan catatan masa terpantas 3 jam 41 saat.

Sementara itu, pasukan bola baling lelaki berjaya meraih mata pertama dengan keputusan seri (1919) menentang Selangor di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim di sini semalam.

S e t i a u s a h a A g u n g Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA), Dr Abang Ismail Abang Julhi berkata ia adalah permulaan baik buat pasukan Sarawak pada perlawanan tersebut.

“Satu permulaan baik bagi kita kerana berjaya mencatat keputusan seri. Memang sasaran untuk cuba meraih kemenangan tetapi sekadar berpuas hati dengan berkongsi satu mata.

“Apapun, keputusan hari ini (semalam) sesungguhn­ya mampu mencetus semangat semua pemain untuk berusaha menghadirk­an keputusan positif selepas i ni,” katanya ketika dihubungi untuk mengulas perlawanan itu semalam.

Menurutnya, pasukan lelaki akan turun menentang tuan rumah, Perak di gelanggang yang sama esok (17 September).

Sementara itu, pasukan bola baling wanita tewas tipis (11-12) ke atas Selangor semalam.

P e r l a w a n a n k e d u a mereka juga dijadualka­n berlangsun­g esok ( 17 September) menentang Negeri Sembilan.

 ??  ??
 ??  ?? GANGSA: Nur Azrenna (dua kanan) ceria setelah berjaya menyumbang pingat gangsa buat kontinjen Sarawak di Taman Tasik Taiping, Perak semalam.
GANGSA: Nur Azrenna (dua kanan) ceria setelah berjaya menyumbang pingat gangsa buat kontinjen Sarawak di Taman Tasik Taiping, Perak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia