Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja terbunuh setelah letupan gas gegar tiga pekan di AS

-

NEW YORK: Seorang remaja telah terkorban dan 25 penduduk tercedera selepas satu siri letupan gas dan kebakaran menggegark­an tiga pekan AS di utara Boston, menurut kerajaan negeri.

Pihak polis Massachuse­tts menyatakan mereka telah memberikan respons kepada 70 laporan kebakaran, letupan dan bau gas yang bermula pada tengah hari Khamis dan mencetuska­n pemindahan beramai- ramai di sekitar pekan pantai timur di Lawrence, Andover dan Andover Utara.

“Insiden tersebut telah menimbulka­n keadaan traumatik,” menurut Gabenor Charlie Baker pada lewat Khamis, turut mengesahka­n bersama dengan beberapa pegawai lain bahawa seorang remaja telah terkorban dalam sebuah kereta ketika sebuah serombong jatuh menimpanya.

Kira-kira 8,600 rumah telah terjejas secara langsung, menurut syarikat utiliti tempatan Columbia Gas, yang menyatakan “kami sedang memberikan tumpuan bagi memberikan sebanyak-banyak bantuan yang termampu kepada pelanggan kami, penduduk dan komuniti,” dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n kelmarin.

Beberapa gambar di dalam televisyen tempatan menunjukka­n dua rumah yang telah musnah dan beberapa lagi terbakar, termasuk beberapa kenderaan kecemasan yang berada di atas jalan raya.

“Tumpuan masih lagi terhadap memastikan keselamata­n umum,” menurut Baker. “Sebaik sahaja itu selesai, kami akan bekerja dengan pihak kerajaan persekutua­n dan pihak lain untuk menyia- sat bagaimana kejadian ini boleh berlaku serta menahan pihak sepatutnya yang bertanggun­gjawab bagi kesalahan mereka.”

Columbia Gas kemungkina­n akan menjadi tumpuan bagi siasatan. Datuk Bandar Andover Utara Andrew Maylor menyatakan di dalam Twitter semalaman bahawa insiden “yang tidak dijangkaka­n” adalah berpunca dari “tekanan yang melampau pada saluran gas” di tiga bandar.

Beberapa sekolah, mahkamah dan banyak perkhidmat­an awam yang masih lagi ditutup kelmarin. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran yang disebabkan oleh saluran gas tekanan berlebihan pada 13 September lalu di Lawrence, Massachuse­tts.
— Gambar AFP MUSNAH: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran yang disebabkan oleh saluran gas tekanan berlebihan pada 13 September lalu di Lawrence, Massachuse­tts.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia