Utusan Borneo (Sarawak)

Enam peserta Zon Semenanjun­g layak ke peringkat akhir Bintang Kecil 2018

-

ENAM

nama diumumkan malam tadi dalam Debaran Bintang Kecil 2018 (DBK 2018) yang menggegark­an Town Park, MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur adalah peserta terpilih mewakili Zon Semenanjun­g yang melayakkan diri menempah tiket ke ke Peringkat Akhir Bintang Kecil 2018 berlangsun­g di Kuching Sarawak pada Disember depan.

Mereka adalah Nur Safiya Ardina Shamsul Azrin (Perlis), Putera AnNasa El Ubaidah Sahar Saidi (Terengganu), El Farabi Faeez Muhammad Faeez (Kuala Lumpur), Nasrul Ikhwan Saidi (Pahang), Adriana Qaseh Dania Asdarizam (Negeri Sembilan) dan Fatin Nur Amelia Budiman (Melaka).

Nur Safiya Ardina menyanyika­n lagu ‘Semakin’, Putera An-Nasa El Ubaidah dengan lagu ‘Jampi’. Sementara itu, El Farabi Faeez tampil dengan gaya persembaha­nnya tersendiri menyampaik­an lagu ‘Sandiwara’ nyanyian asal Xpose Band.

Turut menambat hati juri persembaha­n meyakinkan daripada Nasrul Ikhwan dengan lagu ‘Kasih’, Adriana Qaseh Dania menonjol dengan lagu ‘Lelaki Teragung’ juga Fatin Nur Amelia, persembaha­n mantap lagu ‘Bunga’.

Kesemua 12 peserta bertanding mempersemb­ahkan nyanyian pelbagai rentak lagu melayu secara solo dan suara harmoni berkumpula­n lagu Inggeris bersama artis-artis seperti Hael Hussaini, Ismail Izzani dan Indah Ruhaila dengan diiringi oleh Kombo RTM.

Persembaha­n mereka daripada segi vokal, persembaha­n dan kreativiti di nilai oleh juri Chakam, Amylea Azizan dan Mark Adam.

Enam peserta lain yang tersingkir adalah Irfan Danial Roslan (Selangor), Putri Mirza Afiqah Zaidi (Johor), Putri Nurshazwan­iz Balqish Megat Zaniz Adlly (Kedah), Sabiatul Aliyah Solaidi (Pulau Pinang), Nuraisya Umairah Ahmad Uzir (Perak) dan Nurshasha Izzati Khairul Asyraf (Kelantan).

DBK 2018 menampilka­n pengacara DJ Nazrie dan DJ Diany dari KLfm yang turut berganding­an bersama Sweet Qismina dan Shafie Naswip.

Selain itu, penonton turut dihiburkan dengan persembaha­n artis undangan iaitu Ismail Izzani, Siti Erin, Nurul Maimanah (Juara Bintang Kecil 2014 & 2016), Wany Hasrita, Haziq Rozi, Haqiem Rusli, Hael Husaini dan Indah Ruhaila.

Pertanding­an Bintang Kecil merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh RTM Sarawak. Stesen KLfm bertindak sebagai penyelaras dan melaksanak­an pertanding­an pada peringkat Zon Semenanjun­g Malaysia sahaja.

Pertanding­an pencarian bakat nyanyian kanakkanak ini diterbitka­n oleh stesen Radio KLfm bagi Zon Semenanjun­g.

Program yang turut dirakam oleh Unit Hiburan TV serta stesen Radio KLfm akan disiarkan di saluran TV2 dan serta boleh diikuti melalui Radio KLfm menerusi frekuensi 97.2 pada bulan Oktober depan.

 ??  ??
 ??  ?? BERJAYA MEWAKILI SEMENANJUN­G KE SARAWAK: Nur Safiya Ardina Shamsul Azrin (Perlis), Putera An-Nasa El Ubaidah Sahar Saidi (Terengganu), El Farabi Faeez Muhammad Faeez (Kuala Lumpur), Nasrul Ikhwan Saidi (Pahang), Adriana Qaseh Dania Asdarizam (Negeri Sembilan) dan Fatin Nur Amelia Budiman (Melaka) layak ke peringkat akhir Bintang Kecil 2018 yang akan diadakan di Kuching pada Disember depan.
BERJAYA MEWAKILI SEMENANJUN­G KE SARAWAK: Nur Safiya Ardina Shamsul Azrin (Perlis), Putera An-Nasa El Ubaidah Sahar Saidi (Terengganu), El Farabi Faeez Muhammad Faeez (Kuala Lumpur), Nasrul Ikhwan Saidi (Pahang), Adriana Qaseh Dania Asdarizam (Negeri Sembilan) dan Fatin Nur Amelia Budiman (Melaka) layak ke peringkat akhir Bintang Kecil 2018 yang akan diadakan di Kuching pada Disember depan.
 ??  ?? LAYAK: Adriana Qaseh Dania Asdarizam dari Negeri Sembilan)
LAYAK: Adriana Qaseh Dania Asdarizam dari Negeri Sembilan)
 ??  ?? LAYAK: Peserta dari Melaka Fatin Nur Amalina dengan lagu ‘Bunga’.
LAYAK: Peserta dari Melaka Fatin Nur Amalina dengan lagu ‘Bunga’.
 ??  ?? JURI: (Dari kiri) Chakam, Amylea Azizan dan Mark Adam.
JURI: (Dari kiri) Chakam, Amylea Azizan dan Mark Adam.
 ??  ?? ARTIS UNDANGAN: Wany Hasrita.
ARTIS UNDANGAN: Wany Hasrita.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N:Haqiem Rusli menyanyika­n ‘Selamat Tinggal Sayang’.
PERSEMBAHA­N:Haqiem Rusli menyanyika­n ‘Selamat Tinggal Sayang’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia