Utusan Borneo (Sarawak)

Program derma darah pertama di Long Lama dapat sambutan

-

LONG LAMA: Bagi meningkatk­an kepentinga­n menderma darah di kalangan penduduk luar bandar, satu program menderma darah diadakan di Dewan Masyarakat Long Lama, semalam.

Ia dianjurkan oleh Tabung Darah Hospital Miri dengan kerjasama Pejabat Daerah Long Lama dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Telang Usan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, ia merupakan julung kali diadakan di Long Lama khususnya di kawasan Te- lang Usan.

“Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dengan sebanyak 10 pain darah berjaya dikumpul.

“Dalam konteks program ini dibuat di luar bandar ia merupakan kejayaan besar memandangk­an ia pertama kali diadakan di sini,” kata Dennis semasa merasmikan program itu.

Beliau menambah, ia merupakan salah satu aktiviti kemasyarak­atan PBB Telang Usan.

Dennis berkata, beliau mahu masyarakat luar bandar tahu betapa penting- nya menderma darah untuk menyelamat­kan nyawa orang lain yang memerlukan.

“Sebenarnya ramai hari ini (semalam) yang datang untuk menderma, namun tidak dapat menderma kerana beberapa faktor seperti kurang persediaan seperti kurang tidur dan tidak bersarapan.

“Program yang sama dijangka akan diadakan pada 30 Mac 2019, saya jangkakan ia akan mendapat sambutan yang menggalakk­an,” katanya.

Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda PBB Telang Usan Kaunselor Dominic Nyurang.

 ??  ?? BAGUS: Dennis (berdiri sepuluh dari kanan) bersama sebahagian penderma darah dan kakitangan dari Bank Darah Hospital Miri dan Pejabat Daerah Long Lama yang menjayakan program derma darah di Dewan Masyarakat Long Lama semalam.
BAGUS: Dennis (berdiri sepuluh dari kanan) bersama sebahagian penderma darah dan kakitangan dari Bank Darah Hospital Miri dan Pejabat Daerah Long Lama yang menjayakan program derma darah di Dewan Masyarakat Long Lama semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia