Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga dibunuh di plaza pelancong Kota Mexico

-

BUENOS AIRES: Tiga lelaki ditahan selama lima bulan bagi satu skandal seks bawah umur yang mengejutka­n dalam bola sepak Argentina telah dibebaskan, salah seorang dari defendan menyatakan kelmarin.

Pengadil Martin Bustos, ejen bola sepak Alberto Ponte dan ejen hubungan awam Leonardo Cohen Arazi, semua mereka dituduh sebagai mempersiap­kan, telah dibebaskan selepas sebuah mahkamah rayuan di sebuah kawasan kejiranan selatan Buenos Aires mengubah dakwaan terhadap mereka dari pencabulan seksual kepada perosak golongan bawah umur.

Kesalahan terbaharu membawa satu hukuman minimum selama tiga tahun namun melayakkan defendan untuk parol.

Tuduhan muncul selepas seorang pemain berusia 17 tahun dalam pasukan Independie­nte di Buenos Aires memberitah­u seorang pakar psikologi kelab bahawa beliau telah digalakkan, bersama dengan seorang lagi pemain berusia 19 tahun, untuk melacurkan dirinya kepada lelaki dewasa di sebuah kawasan kejiranan mewah di Buenos Aires.

Pegawai tinggi kelab telah memaklumka­n pihak berkuasa kehakiman dan pendakwa raya umum Maria Soledad Garibaldi agar melancarka­n satu siasatan mengenai rangkaian seks bawah umur haram yang disyaki dijalankan di salah sebuah dari kelab paling ternama di Argentina.

Garibaldi menyatakan pemain bola sepak pelatih ditempatka­n di fasiliti penempatan di kelab tersebut telah ditawarkan dengan nilai serendah sepasang but bola atau malah hanya seluar dalam sebagai balasan untuk seks.

Empat masih berada dalam tahanan dituduh bagi penderaan seksual dan perosak golongan bawah umur dalam satu kes yang melibatkan 15 mangsa yang dikenali.

Peguam Cohen Arazi, Adrian Cornaglia memberitah­u stesen televisyen C5N bahawa terdapat tiada bukti terhadap anak guamnya, yang telah “ditahan secara tidak sepatutnya selama lebih dari lima bulan.”

Beliau menambah bahawa Cohen Arazi telah mengaku sebagai “membayar untuk seks namun itu adalah bukan dengan seorang bawah umur dan sekiranya ia adalah bersama dengan seorang bawah umur, dia tidak mengetahui­nya.”

Pada Mac lepas, Andres Bonicalzi, seorang peguam bagi sebuah badan kebajikan mangsa rogol, menyatakan ramai pemain muda dari dalam Argentina yang luas telah ditempatka­n di pusat penempatan yang jauh di kelab Buenos Aires di bahagian barat untuk muara Rio de la Plata.

Ini membuatkan mereka lebih terdedah kepada eksploitas­i.

“Mereka melihat kelab ini sebagai satu contoh, mereka melihat ia seperti memiliki sifat kebapaan. Mereka telah berada jauh dari bapa mereka sendiri,” menurut Bonicalzi.

“Pelaku telah mengeksplo­itasikan sikap kurang matang mereka dan kanakkanak ini perlu untuk berasa dimiliki oleh sesuatu.”

Garibaldi telah merancang untuk membuka satu lagi kelab dengan kemungkina­n 20 orang mangsa ditempatka­n di beberapa kelab lain, termasuk Lanus, Banfield, Temperley, Estudiante­s dan Gimnasia La Plata.

Tiada pegawai kelab yang disyaki terlibat dalam mana- mana jenayah.

Satu siasatan selari dibuka pada masa bagi kes Independie­nte, melibatkan seorang lagi dari gergasi bola sepak Argentina, River Plate, turut melibatkan serangan seksual terhadap budak lelaki di sebuah fasiliti penempatan.

Namun terdapat tiada perkembang­an sejak itu, mahupun dari satu siasatan yang sama melibatkan Argentine Gymnastics Federation. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia