Utusan Borneo (Sarawak)

SKUAD MENEMBAK BIDIK DUA EMAS

Atlet Sarawak turut meraih gangsa menerusi Siti Nur Aisyah acara 50m rifle prone wanita

- Daripada Mohd Aliff Idzwan Abdullah

IPOH: Hari kelima Sukan Malaysia (SUKMA) ke-XIX Perak 2018 menyaksika­n s k u a d m e n e m b a k Sarawak bangkit dengan menyumbang dua pingat emas dan satu gangsa untuk menambah koleksi pungutan emas bagi kontinjen Bumi Kenyalang semalam.

Pingat emas masing-masing diperolehi skuad menembak Sarawak pada persaingan yang berlangsun­g sebelah pagi di Kompleks Menembak Darul Ridzuan, Chepor semalam.

Pingat emas pertama disumbangk­an oleh Lim Yee Qi bagi kategori 50m rifle prone wanita dengan memperoleh­i 589 mata.

Manakala satu lagi pingat emas dihadiahka­n oleh trio handalan iaitu Evelyn Jihon Issac, Lim Yee Qi dan Siti Nur Aisyah Mazlan bagi kategori 50m rifle prone berpasukan wanita dengan mengumpul 1,732 mata.

Di samping itu, skuad menembak Sarawak turut menghadirk­an pingat gangsa menerusi Siti Nur Aisyah Mazlan bagi kategori 50m rifle prone wanita yang berjaya mengumpul 578 mata.

Pingat perak bagi acara 50m rifle prone wanita dimenangi oleh penembak dari Negeri Sembilan, Alia Husna Budruddin dengan 587 mata.

Sementara itu, pingat perak bagi acara 50m rifle prone wanita berpasukan dimiliki penembak Johor, Aznie Fazlien Mohd Azry, Norliana Abu Naim dan Nur Ain Kamari dengan 1,723 mata.

Pingat gangsa untuk acara sama dimenangi penembak Negeri Sembilan, Alia Husna Budruddin, Nur Aifa Sohaimy, Raihana Nur Safina Rahman dengan 1,723 mata.

 ??  ??
 ??  ?? KITA JUARA: Trio handalan, Evelyn Jihon, Yee Qi dan Siti Nur Aisyah berbangga menyumbang pingat emas bagi acara 50m rifle prone berpasukan wanita semalam.
KITA JUARA: Trio handalan, Evelyn Jihon, Yee Qi dan Siti Nur Aisyah berbangga menyumbang pingat emas bagi acara 50m rifle prone berpasukan wanita semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia