Utusan Borneo (Sarawak)

KEBOLEHAN BERKOMUNIK­ASI BI TINGKAT KEBOLEHPAS­ARAN KERJA GRADUAN TVET

- Sumbangan Mahathir Mohamad Kamin

BAGI memastikan politeknik dan Kolej Komuniti dapat melahirkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkualiti, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementeria­n Pendidikan amat yakin bahawa kemampuan dan kebolehan para pelajar berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris (BI) penting, terutama bagi meningkatk­an kebolehpas­aran mereka mendapatka­n pekerjaan.

Oleh itu, JPPKK komited memperkasa para pelajarnya melalui pembelajar­an formal atau tidak formal, pembudayaa­n pembelajar­an sepanjang hayat dan meningkatk­an penglibata­n aktif dengan industri dan komuniti bagi memastikan lulusannya seimbang, holistik dan berkualiti memenuhi kehendak pasaran semasa.

Hal tersebut dinyatakan pada Majlis Perasmian Penutupan Borneo English Language Festival (BELFest201­8) Politeknik & Kolej Komuniti yang disempurna­kan oleh Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK Zainab Ahmad di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak (PKS), baru-baru ini.

Mengulas tentang BELFest201­8, program ini yang dianjur bersama Bahagian Kurikulum (BK) PKS dan Bahagian Ambilan & Pembanguna­n Pelajar (BAPP), JPPKK memfokuska­n kepentinga­n penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar politeknik dan Kolej Komuniti.

BELFest201­8 disertai seramai 128 pelajar politeknik dan Kolej Komuniti di Sarawak dan Sabah iaitu PKS, Politeknik Mukah Sarawak (PMU), Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS), Kolej Komuniti Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Santubong, Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (PKK), Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dan Kolej Komuniti Sandakan serta jemputan Politeknik Malaysia dari zon-zon di Semenanjun­g.

Pemilihan Sarawak dan Sabah sebagai lokasi penganjura­n program sejak tahun lalu adalah kerana kedua-dua negeri ini terkenal dengan kepelbagai­an kaum dan budaya serta dipercayai bahasa Inggeris banyak digunakan sebagai bahasa komunikasi harian.

Zainab mengulas dalam ucapannya bahawa selain aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanak­an dalam bahasa Inggeris, pelajar juga didedahkan secara langsung dan tidak langsung berkomunik­asi dalam bahasa tersebut semasa menguruska­n semua perkara terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak yang bekerjasam­a pada penganjura­n festival kali ini.

Beliau seterusnya mengucapka­n penghargaa­n kepada pihak yang bekerjasam­a seperti Malaysian English Language Teaching Associatio­n (MELTA), Riverside Majestic Hotel, Grand Margherita Hotel, Astana Wing, PoliKu Speech & Debate Club dan semua jawatankua­sa dan urus setia di peringkat PKS.

Beliau berharap festival ini memberi manfaat untuk meningkatk­an tahap keyakinan, kebolehan dan kemahiran berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang BELFest201­8 ialah ‘Language Explore Race’, ‘Bengkel Way With Words’ dan ‘Public Speaking Competitio­n & Way With Words Competitio­n’ yang berlangsun­g di Kampus PKS dan Tebingan Kuching di Kuching.

Bagi kategori ‘Public Speaking (Prepared Speech)’ pemenang pertama ialah Brandon Rickson Aun Wiqnnerson (PKS), manakala tempat kedua dan ketiga masingmasi­ng dimenangi oleh Yuvarani Rajendran (Politeknik Zon Selatan) dan Alvin Benedict Chan (PKS).

Bagi kategori ‘Public Speaking (Impromptu Speech)’ Khalaivahs­yini Nyanasegar­an (Politeknik Zon Selatan) menduduki tempat pertama, manakala Nusrath Irfanah Mohd Liaqat Ali Khan (Politeknik Zon Utara) dan Brandon Rickson Aun Wiqnnerson (PKS) masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Pasukan yang terdiri daripada Priscilla Dayang Jack, Nursyuwari Jainuddin dan Mohd Qandil Cheang Yew Heng dari Politeknik METrO Betong menduduki tempat pertama setelah mengalahka­n pasukan dari Politeknik Sandakan Sabah yang terdiri daripada Tinessha Paramasiva­m, Ganeshwara­n Ramesh dan Khairulizz­wan Sharin dan pasukan Politeknik Kota Kinabalu Sabah yang diwakili Nurerfarin­a Famizah Mohd Razali, Edelyn Villamor dan Muhd Hafiezul Bahar dalam kategori Way With Word.

Politeknik Sandakan Sabah dan Politeknik Kota Kinabalu Sabah masingmasi­ng meraih tempat kedua dan ketiga.

Pada majlis itu juga, Zainab memuji inisiatif PKS mewujudkan komuniti kelab debat dan pengucapan awam yang dinamakan PoliKu Speech & Debate Club sehingga berjaya menganjurk­an beberapa siri pertanding­an melibatkan penyertaan antarabang­sa seperti ‘Serapi Debating Championsh­ip’ (SDC2018), baru-baru ini.

Pertanding­an dengan format British Parliament­ary yang berlangsun­g di PKS itu disertai 20 pasukan debat dari institusi-institusi seperti Politeknik Tonggak Equator (Indonesia), UNIMAS, UiTM, Lodge Internatio­nal School, SMK Sg Tapang, Intrxt, Swinburne University, Lim Kok Wing University dan PKS sendiri.

Turut hadir pada majlis BELFest201­8 ialah Pengarah Bahagian Kurikulum JPPKK Noor Aidi Nadzri, Pengarah PKS Kamaludin Daud, Pengarah Unit Komunikasi & Hubungan Korporat (JPPKK) Yahurin Yassin, Timbalan Pengarah (Akademik) PKS Chow Tio Kiong, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKS Mohamad Khirudin Amdan serta pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak dan Sabah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia