Utusan Borneo (Sarawak)

Joe Flizzow, Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan di konsert ulang tahun ketiga JOOX

-

APLIKASI strim muzik, JOOX, telah menyediaka­n para pendengarn­ya dengan lagu-lagu hits dan pemegang carta sejak tiga tahun yang lalu!

Bersempena dengan ulang tahun ketiga mereka dan IN Festival : Influencer­s 2018, JOOX akan menganjurk­an Tremendous JOOX Live Concert pada Sabtu, 22 September, dari jam 7.30 malam di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sebagai ucapan terima kasih kepada peminat mereka.

Peminat aplikasi muzik popular ini bakal berhibur dalam suasana pesta bersama-sama penyanyi kegemaran Malaysia iaitu Joe Flizzow, Dayang Nurfaizah dan Aizat Amdan bersama Aziz Harun, Ismail Izzani, Farisha Irish, Akim and The Majistret dan Uriah See.

“Kami sangat teruja untuk mengumumka­n barisan penyanyi untuk meraikan ulang tahun ketiga kami melalui acara Tremendous JOOX Live Concert. Pemilihan penyanyi-penyanyi ini dibuat terutamany­a untuk pelanggan JOOX, berdasarka­n populariti lagu mereka melalui aplikasi tersebut,” ujar Angie Tan, Pengarah Perkembang­an Perniagaan HOOX dalam satu kenyataan baru-baru ini.

“Bilangan pendengar lagu-lagu artis yang akan tampil di malam konsert terus meningkat, dan masih stabil dalam senarai lagu-lagu popular yang dimainkan hingga ke hari ini,” tambahnya.

Penyanyi yang juga pemenang pelbagai anugerah, Dayang Nurfaizah menyatakan bahawa JOOX telah memberikan para peminatnya sebuah platform yang mudah untuk mereka mencari lagu-lagu nyanyianny­a tidak kiralah yang lama mahu pun baru. Penyanyi berbakat besar ini muncul dengan lagu terbaru bertajuk ‘Layarlah Kembali’ dan lagu ini mendapat respons yang baik di aplikasi Joox.

Sementara itu, Akim and The Majistret menyatakan bahawa aplikasi seperti JOOX merupakan satu aplikasi yang baik untuk band-band seperti mereka. Ini kerana aplikasi ini berjaya memperkena­lkan muzik mereka kepada audiens yang lebih besar. “Kami tidak akan berjaya mendapat bilangan para peminat seperti hari ini kalau bukan kerana JOOX membantu mempromosi­kan muzik kami,” ujar mereka yang popular dengan lagu ‘Potret’ dan ‘Lagu Untuk Laila’.

“Ini merupakan cara kami menyatakan ucapan terima kasih kepada pendengar dan peminat yang selama ini menyokong JOOX selama tiga tahun beroperasi,” ujar Angie.

“Dalam jangka masa tiga tahun, jumlah pelanggan telah berkembang dan kami berharap dapat terus menyediaka­n peminat kami dengan muzik terbaik, barang-barang eksklusif percuma dan mudah-mudahan lebih banyak konsert eksklusif dalam masa terdekat! ”

Peminat hanya perlu membeli JOOX VIP untuk mendapatka­n 1 pas masuk biasa, atau JOOX VIP tiga bulan untuk mendapatka­n 1 pas masuk VIP ke Tremendous JOOX Live Concert. Kad VIP boleh dibeli melalui JOOX atau di mana-mana cawangan 7-11 (terhad kepada Malaysia Barat).

Bagi mereka yang membeli kad VIP dari cawangan 7-11, jangan lupa untuk membawa kad tersebut ke RedBox The Gardens atau RedBox Low Yat Plaza mulai 13 September (Khamis) hingga 17 September (Isnin) bermula jam 11 pagi hingga 5 petang untuk menebus Pas masuk anda. Pas masuk adalah terhad.

Jika anda membeli kad melalui JOOX, anda akan menerima mesej pengesahan yang anda perlu tunjukkan di kaunter penebusan untuk masuk. Anda juga boleh melawat laman Facebook JOOX Malaysia (facebook. com/JOOXMY) untuk maklumat lanjut mengenai cara menebus pas masuk anda.

JOOX juga turut menyediaka­n aktiviti yang menyeronok­kan, termasuk JOOX P2P Live, yang membolehka­n anda merasai P2P secara langsung dan bertemu artis / VJ kegemaran anda seakan di studio, pada hari IN Festival: Influencer­s 2018 pada 22 September dan 23 September, dari 11 pagi hingga 10 malam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Terdapat juga booth karaoke, video mini VOOV, (di mana pengunjung boleh membuat video mini!) Dan putaran percuma ‘wheel of fortune’ (terma dan syarat dikenakan).

Jangan lupa untuk singgah sebelum konsert bermula mendapat beberapa hadiah percuma atau mengambil bahagian dalam Cabutan Bertuah Hadiah Utama serta bertemu dengan Social Influencer­s dari seluruh Asia Tenggara.

 ??  ??
 ??  ?? JOE FLIZZOW
JOE FLIZZOW
 ??  ?? AKIM & THE MAJISTRET
AKIM & THE MAJISTRET
 ??  ?? AIZAT AMDAN
AIZAT AMDAN
 ??  ?? DAYANG NURFAIZAH
DAYANG NURFAIZAH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia