Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan hutan Sarawak betul

Perakui keperluan pensijilan untuk konsesi kayu di Sarawak merupakan langkah tepat kerajaan Sarawak

-

KUCHING: Langkah memperakui keperluan pensijilan untuk konsesi kayu di Sarawak merupakan satu langkah tepat diambil kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyambut baik langkah tersebut berkata ia adalah langkah yang betul oleh Ketua Menteri dalam memastikan pengurusan hutan yang mampan di Sarawak.

Katanya, sebutan sematamata mengenai kawasan pengurusan hutan mampan tidak mencukupi untuk memenuhi tuntutan pasaran antarabang­sa di bawah kesedaran baharu untuk melindungi alam sekitar menerusi pengurusan hutan mampan.

Pensijilan ini katanya, adalah berdasarka­n kepada standard antarabang­sa yang dipropagan­dakan Perhutanan Negara, yang diterima Kesatuan Eropah (EU) dan pasaran antarabang­sa lain.

“Program Pensijilan Kayu Malaysia pada mulanya ditolak oleh kebanyakan negeri di Malaysia kerana keperluann­ya yang ketat dan diragui oleh sebahagian pemimpin

Program Pensijilan Kayu Malaysia pada mulanya ditolak oleh kebanyakan negeri di Malaysia kerana keperluann­ya yang ketat dan diragui oleh sebahagian pemimpin negeri.

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Ahli Parlimen Santubong

negeri.

“Di Sarawak, hanya pemegang konsesi kayu tertentu mengikuti skim ini secara individu dan kini saya gembira dapat melihat bahawa Ketua Menteri telah mengesahka­n pelaksanaa­n pensijilan ini di Sarawak.

“Ini akan menjadikan kayu Sarawak lebih mudah dipasarkan dan dapat menembusi pasaran antarabang­sa yang lebih penting,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Tambah Wan Junaidi, dari- pada perbincang­an peribadiny­a dan perjumpaan dengan wakil-wakil EU, hanya dengan pensijilan produk kayu, Malaysia dapat mendapat akses ke pasaran EU.

Pasaran EU dan dunia katanya, akan terus memohon keperluan ketat jika kita tidak mengubah cara kita menguruska­n hutan kita.

Malah konsep pengurusan mampan akan dianggap sudah lapuk dalam masa terdekat.

Katanya, langkah ke depan adalah penanaman hutan manakala hutan asli dalam negeri akan disimpan sebagai hutan simpan kekal tanpa penuaian sepenuhnya.

 ??  ??
 ??  ?? WAN JUNAIDI
WAN JUNAIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia