Utusan Borneo (Sarawak)

PENUNGGANG MOTOSKAL MAUT REMPUH KERETA

-

KUCHING: Angkara kereta rosak yang diparkir di tepi jalan, seorang warga emas maut selepas merempuh kereta terbabit di Jalan Akses FAC menuju ke Taman Negara Kubah, Matang dekat sini petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali Junaidi Sulong berusia 73 tahun dari Kampung Sri Kandung, Jalan Taman Negara Kubah.

Beliau memberitah­u, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah dari Kuching menuju ke Lundu melalui Jalan Akses FAC, Matang.

“Pada jam 1.15 petang tadi di Jalan Akses FAC, Matang motosikal ditunggang mangsa melanggar belakang sebuah kereta rosak yang diletakkan di sebelah kiri bahu jalan.

“Pegawai perubatan yang tampil ke lokasi kejadian mengesahka­n mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Alexson memberitah­u, mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Selain itu, beliau menjelaska­n kenderaan yang terlibat dibawa ke Balai Trafik IPD Padawan untuk pemeriksaa­n PUSPAKOM dan Jabatan Kimia.

“Pegawai penyiasat juga datang ke tempat kejadian untuk mengambil lakaran kasar, gambar dan ukuran di tempat kejadian,” ujarnya.

 ??  ?? MAUT: Mayat mangsa ditutup sebelum dihantar ke hospital.
MAUT: Mayat mangsa ditutup sebelum dihantar ke hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia