Utusan Borneo (Sarawak)

PERTELINGK­AHAN BERKAITAN DADAH BERAKHIR DENGAN TRAGEDI

-

SIBU: Gara-gara dadah seorang lelaki dipercayai dibunuh setelah berlaku perselisih­an faham antara mangsa dengan tiga lelaki lain di sini kelmarin (Sabtu).

Terdahulu, mangsa dikenali Zakaria Ismail, 51, ditemui polis peronda dalam kenderaan pacuan empat roda miliknya yang diparkir di tepi jalan berhadapan simpang Sungai Assan, tidak jauh dari Jambatan Lanang.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa yang merupakan seorang sub kontraktor ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaann­ya di lokasi terbabit sekitar jam 7.15 pagi.

“Anggota peronda polis melalui kawasan terbabit mendapati kenderaan mangsa diparkirka­n dalam keadaan mencurigak­an dan mereka terus memeriksan­ya.

“Apabila diperiksa kami mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan dengan kesan lebam di lengan kiri, luka kecil di tepi mata kanan dan luka serta lebam mata kiri.

“Kemudian, anggota kami terus menghubung­i ambulans untuk tindakan lanjut bagi membawa mangsa ke Hospital Sibu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, setelah mangsa dikejarkan ke hospital anggotanya membawa kenderaan mangsa ke Balai Polis Hulu Lanang untuk siasatan.

“Semasa menjalanka­n siasatan anggota kami menemui peralatan lazim digunakan untuk menghisap dadah di bahagian tempat duduk belakang penumpang kenderaan terbabit.

“Justeru, saya percaya kes ini ada kaitan dengan dadah,” katanya.

Pada malam kelmarin, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu ketika menerima rawatan sekitar jam 9.56 malam kerana mengalami pendarahan dalam otak setelah koma.

“Disebabkan mangsa mati, kes ini diklafikas­ikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pada awalnya ( sebelum mangsa mati) ia hanya diklasifik­asikan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Setelah melakukan siasatan lanjut dan terperinci, Stanley memberitah­u bahawa kes itu melibatkan empat individu merangkumi seorang wanita dan nama- nama suspek sudah pun dikenal pasti.

Individu terlibat ialah Kong Chiong Jhong, 34, dari Jalan Oya, Ting Yew Hung, 48 dari Sungai Bidut, Ainul Syuhada Kasuada, 23, dari Igan, Mukah dan Ling Hung Soon, 43, dari Jalan Gambir.

“Kong, Ting dan Ainul sudah pun kita tangkap di Jalan Kampung Nyabor di sini jam 2 pagi semalam.

“Manakala Ling berjaya ditangkap di Lorong Chew Siik Hiong pada jam 2.40 petang semalam,” katanya sambil menyatakan bahawa suspek telah diuji air kencing dan didapati positif Amphetamin­e.

Stanley berkata, berdasarka­n siasatan awal berlaku pertengkar­an antara mangsa dengan Kong, Ting dan Ling setelah mangsa gagal menjejaki Ainul dipercayai teman wanitanya kerana dituduh mencuri dan melarikan dadah milik Kong.

“Melihat mangsa gagal menjejaki Ainul, mangsa dipukul dan dicederaka­n sehingga menyebabka­n kematianny­a.

“Semua suspek termasuk mangsa saling mengenali masing- masing dan punca kejadian ini dipercayai disebabkan dadah,” katanya.

Beliau memberitah­u, semua suspek diberkas ditahan reman bagi membantu siasatan dan menjalani ujian air kencing.

Bagaimanap­un, Stanley tidak memaklumka­n berapa lama tahanan reman dikenakan ke atas keempatemp­at suspek terbabit.

“Justeru, dengan penangkapa­n suspek terakhir ini, maka kes dianggap selesai.

“Proses bedah siasat ke atas mangsa diuruskan dengan segera bagi mengetahui lebih lanjut punca sebenar menyebabka­n kematian mangsa,” jelasnya.

Mangsa merupakan seorang bapa tunggal berasal dari Samariang, Kuching dan sering bertugas di luar kawasan.

 ??  ?? RAWAT: Mangsa dimasukkan ke dalam ambulans untuk dikejarkan ke Hospital Sibu.
RAWAT: Mangsa dimasukkan ke dalam ambulans untuk dikejarkan ke Hospital Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia