Utusan Borneo (Sarawak)

MATI DIPATUK ULAR

Dua lelaki cari asam paya ditemui mati disyaki akibat patukan ular

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Dua sekawan daripada tiga lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari asam paya di kawasan hutan Kampung Bedanga di sini sejak kelmarin ditemui mati disyaki akibat patukan ular.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, hasil rakaman polis daripada mangsa terselamat Lawrence Jinal, 40, memberitah­u mereka menjumpai sarang ular ketika berada di dalam hutan.

“Kedua-dua rakannya yang meninggal dunia telah mengusik sarang itu lalu mereka diserang ular tersebut sehingga lari bertempiar­an untuk menyelamat­kan diri,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Stanley Saka, 21, dan Duwat Jabu, 23.

Lawrence katanya, turut dipatuk ular beberapa kali sehingga menyebabka­nnya tidak dapat bergerak.

Laporan daripada pihak hospital juga mendapati terdapat banyak kesan seperti patukan ular pada badan mangsa.

Bagaimanap­un, kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam kejadian itu, pada mulanya mereka datang berlima ke kawasan dimaksudka­n untuk mencari asam paya sekitar jam 7 pagi kelmarin.

Selepas tiga jam, mereka mengangkut hasil pungutan ke tepi jalan berdekatan.

Dua daripada mereka kemudianny­a membuat keputusan untuk menunggu di tepi jalan manakala tiga lagi masuk semula ke dalam hutan untuk mencari lagi asam paya.

Setelah menanti sehingga jam 7 malam, dua rakan yang menunggu berasa risau kerana masih belum ada kelibat tiga kawan mereka keluar dari hutan.

Laporan polis kemudianny­a dilakukan salah seorang ibu mangsa dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudianny­a diaktifkan pada jam 8 pagi semalam.

 ??  ?? TRAGIK: Keadaan mangsa ketika ditemui pasukan SAR di kawasan hutan Kampung Bedanga. KAKU: Salah satu mayat yang dikeluarka­n pasukan SAR dari hutan berkenaan.
TRAGIK: Keadaan mangsa ketika ditemui pasukan SAR di kawasan hutan Kampung Bedanga. KAKU: Salah satu mayat yang dikeluarka­n pasukan SAR dari hutan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia