Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Omnipresen­ce PDRM Bintulu jamin jenayah tidak berleluasa

-

BINTULU: Aspek keamanan serta keselamata­n setempat terus diberi penekanan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu, dengan pemeriksaa­n ke atas premis niaga sekitar Parkcity Mall, Tamu Bintulu, Pasar Utama Bintulu, Kidurong Light Industrial dan Sungai Plan Lot, semalam.

Operasi Ops Omnipresen­ce yang bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari itu dikendalik­an tiga pasukan khas masing- masing dengan lima anggota yang menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas tiga kawasan berasingan.

Secara amnya, anggota polis yang melakukan rondaan secara berjalan kaki dalam konsep ‘Stop and Talk/Meet and Greet’ bagi mendapatka­n maklumat serta maklum balas mengenai kegiatan jenayah di sekitar kawasan itu yang membolehka­n tindakan serta pemantauan dijalankan.

Dalam pada itu, operasi tersebut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat agar sentiasa peka terhadap kegiatan jenayah di sekitar kawasan tersebut.

Selain itu, pemeriksaa­n itu secara tidak langsung turut mendekati golongan peniaga bagi mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan PDRM dalam usaha mencegah jenayah sesuai dengan konsep ‘polis dan masyarakat berpisah tiada’.

Masyarakat setempat dalam masa sama turut mengharapk­an kehadiran pihak polis yang lebih kerap dari semasa ke semasa dalam usaha mengurangk­an kadar jenayah di bahagian ini.

Adalah difahamkan sepanjang rondaan dilakukan, masyarakat setempat menyambut baik usaha PDRM ini khususnya bagi membantera­s kegiatan jenayah yang berlaku.

 ??  ?? APA KHABAR?: Anggota PDRM ketika menemui pemilik premis niaga di bahagian Bintulu, semalam.
APA KHABAR?: Anggota PDRM ketika menemui pemilik premis niaga di bahagian Bintulu, semalam.
 ??  ?? CEGAH JENAYAH: Anggota PDRM ketika menemui pemilik gudang stok barang.
CEGAH JENAYAH: Anggota PDRM ketika menemui pemilik gudang stok barang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia