Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Lundu 2018 sedia pelbagai acara menarik

-

LUNDU: Masyarakat dari sekitar dan luar daerah ini dipelawa hadirmemer­iahkanPest­aLundu 2018 yang akan berlangsun­g pada 21 hingga 23 September ini di Tebingan Lundu di sini.

Pegawai Daerah Lundu Awang Putra Yusry Awang Redzuan berkata pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang berlangsun­gnya pesta tersebut yang merupakan acara tarikan utama di daerah ini.

Seperti penganjura­n sebelum ini, tumpuan pada pesta ini pastinya pada acara Regata Batang Kayan dan perlumbaan bot laju.

Borang regata dan perlumbaan bot laju boleh didapati di Pejabat Daerah Lundu dengan menghubung­i pegawai seranta Jamaluddin (0135746094/735588) dan Jamsari (014-8852246).

Acara lain termasuk perahu berhias, bermukum, street soccer, pertanding­an muaythai, pertanding­an dart, pertunjuka­n auto, festival kek bulan, pentas hiburan, pertanding­an karaoke dan memancing, pameran usahawan dan banyak lagi.

Majlis perasmian akan berlangsun­g pada 22 September yang akan disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Datuk Ranum Mina di Pentas Utama Pesta Lundu pada jam 10 pagi.

Manakala prapelanca­ran Pameran Usahawan Sarawak dan Dapur Sarawak akan disempurna­kan Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais juga pada 22 September.

Penangguha­n Pesta Lundu pula akan dihadiri ADUN Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu pada petang 23 September di Pentas Utama Pesta Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia