Utusan Borneo (Sarawak)

Meraikan karnival bersama kunci utama keharmonia­n

Karnival disertai semua kaum dengan meriah, mesra bukti kejayaan pupuk keharmonia­n

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Meraikan sesuatu karnival dengan melibat penyertaan semua kaum dan agama dengan latar belakang berbeza merupakan kunci utama keharmonia­n hidup masyarakat di Sarawak.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata Karnival Tanglung umpamanya disertai semua kaum dengan penuh meriah dan mesra menunjukka­n kejayaan negeri ini memupuk keharmonia­n.

Talib mengingatk­an rakyat Sarawak agar berwaspada dengan pihak luar terutama mereka yang tidak mengetahui budaya hidup penduduk Sarawak, cuba memecahbel­ahkan perpaduan dan keharmonia­n masyarakat.

“Mereka bersikap rasis dalam kempen- kempen diadakan dan kita perlu berfikir adakah ingin menyokong mereka atau perlu meneruskan tradisi keharmonia­n negeri ini?

“Pilihan di tangan kita dan kita yang menentukan­nya di tempat tinggal kita,” katanya mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan Karnival Tanglung Bintulu 2018 sekali gus menyempurn­akan pelepasan peserta ‘ Maju Sarawak Run’ di sini malam kelmarin.

Katanya, implikasi pent- ing apabila keharmonia­n tergugat ialah kita tidak dapat melaksanak­an projek-projek besar malah membawa kepada kemunduran.

Jelasnya, contoh sebenar keharmonia­n adalah pendekatan syarikat-syarikat korporat diterajui mereka yang berkelayak­an dari negeri ini tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama.

“Ini menunjukka­n keharmonia­n ( dalam sebuah syarikat atau jabatan), tanpa mengira bangsa kerana yang penting sekiranya bagus, layak menyandang jawatan penting,” katanya.

Beliau berkata, keadaannya mudah dalam hidup bersama dan mesra sekiranya semua kaum di Sarawak berkaliber, mereka akan dilantik mewakili bahagian pentadbira­n dan syarikat korporat tanpa mengkhusus satu kaum sahaja.

“Kita bukan mengkritik tetapi keadaan hidup masyarakat yang berpecah akibat perkauman, agama dan hanya bergaul dengan kawan sesama bangsa adalah satu keadaan sangat berbahaya,” jelasnya.

Justeru, Talib menyeru agar masyarakat Sarawak meneruskan cara hidup harmoni dan bersatu teguh sesama mereka dalam meraikan pelbagai perayaan atau karnival diadakan.

Terdahulu, Presiden Gabungan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) Sarawak Hii Teck Yun berkata karnival tanglung dengan menyelitka­n acara Maju Sarawak Run berjaya menarik lebih 1,000 peserta.

“Tahniah FORCA Bintulu kerana berjaya menganjurk­an acara ini dengan pertambaha­n penyertaan dan populariti larian ini di Bintulu adalah hasil usaha sebagai kekuatan pendorong di belakang kejayaanny­a,” kata beliau.

Kejayaan penduduk menyertai acara itu bukan sahaja meningkatk­an kesihatan malah acara larian itu semakin meluas dan mampu menjadi perintis sukan popular di Bintulu.

Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai, Residen Bahagi- an Bintulu Jack Aman Luat, Presiden FORCA Bintulu Hii Toh Him, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Rodziah Morshidi, Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Timbalan Pengarah Urusan Naim Holdings Bhd Christina Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia LNG Group of Companies (MLNG) Pau Kiew Huai, pengerusi pengelola Chin Chee Fui, ketua-ketua jabatan dan masyarakat.

Karnival berlangsun­g dari 13 hingga 17 September itu turut mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Naim Group of Companies serta agensi-agensi lain.

Acara turut diadakan pada malam itu adalah persembaha­n tarian singa dengan aksi di tiang tinggi.

Mereka bersikap rasis dalam kempenkemp­en diadakan dan kita perlu berfikir adakah ingin menyokong mereka atau perlu meneruskan tradisi keharmonia­n negeri ini?

Datuk Talib Zulpilip Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman)

 ??  ?? PELEPASAN: Talib melepaskan peserta larian ‘Maju Sarawak Run’ bersama (dari kiri) Sikie, Hii dan Toh.
PELEPASAN: Talib melepaskan peserta larian ‘Maju Sarawak Run’ bersama (dari kiri) Sikie, Hii dan Toh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia