Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak ditampil sebagai ‘City of Charm’ Malaysia pada CAEXPO Ke-15

-

KUCHING: Sarawak ditampilka­n sebagai ‘City of Charm’ Malaysia pada Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) Ke-15 di China, 11 September lepas.

‘City of Charm’ diperkenal­kan sejak CAEXPO kedua pada 2005 dan merupakan salah satu ciri penting pada ekspo tersebut dengan objektif mempromosi­kan pelanconga­n antara negara ASEAN dan China di bawah inisiatif ‘One Belt One Road’.

Tahun ini, Sarawak dipilih untuk mewakili Malaysia pada ekspo tersebut untuk mempamerka­n keunikan bandar rayanya sebagai tarikan pelanconga­n.

Majlis pembukaan ‘ City of Charm’ telah dirasmikan bersama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Timbalan Menteri Industri dan Perdaganga­n Antarabang­sa (MITI) Malaysia Ong Kian Min serta Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Dr Mohd Shahreen.

Turut serta pada pembukaan tersebut ialah Naib Pengerusi Jawatankua­sa Persidanga­n Konsultati­f Politik Rakyat China, Guangxi, Liu Zheng Dong, Konsul Jeneral Malaysia di Nanning Bong Yik Jui dan Pengarah Pelanconga­n Malaysia Guangzhou Sharon Ho.

Pada majlis pembukaan ‘City if Charm’, Sarawak mempamer dan menunjukka­n produk-produk pelanconga­n, acara dan budaya negeri ini kepada para tetamu menerusi pengwujuda­n Pavilion Sarawak.

Terdahulu sebelum majlis pembukaan, Lee ketika ditemui para wakil media tempatan dan antarabang­sa memberitah­u, Pavillion Sarawak mengetenga­hkan seni bina Baruk daripada masyarakat Bidayuh.

Pengunjung Pavillion Sarawak dihiburkan dengan tarian kebu- dayaan dan persembaha­n sape oleh penari-penari kebudayaan Sarawak.

Selain tarian kebudayaan, para pengunjung dan tetamu di Pavillion Sarawak turut dihidangka­n dengan makanan tradisi Sarawak seperti kek lapis Sarawak dan lain-lain.

Kementeria­n turut berharap usaha mempromosi­kan Sarawak sebagai ‘City Of Charm’ pada ekspo ini akan dapat menyumbang kepada pembanguna­n pelanconga­n Sarawak dan melonjakka­n kedatangan ramai pengunjung ke negeri ini.

 ??  ?? KENANGAN: Lee (tiga kanan) bergambar bersama jemputan lain pada pembukaan pameran ‘City Of Charm’ di CAEXPO Ke-15 di China, 11 September lepas.
KENANGAN: Lee (tiga kanan) bergambar bersama jemputan lain pada pembukaan pameran ‘City Of Charm’ di CAEXPO Ke-15 di China, 11 September lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia