Utusan Borneo (Sarawak)

Geran MRP bantu perbanyak aktiviti bermanfaat kepada masyarakat

-

MIRI: Geran projek kecil luar bandar (MRP) adalah cara kerajaan membantu menggerakk­an peranan jawatankua­sa kampung, kelab dan persatuan dengan menganjurk­an lebih banyak aktiviti memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata pengagihan geran turut diserahkan kepada jawatankua­sa luar bandar untuk menambah dana tabung.

“Geran ini banyak membantu rakyat termasuk mereka di pedalaman dan ia cara kerajaan mendekati rakyat menerusi aktiviti dianjurkan penerima geran,“katanya di sini semalam.

Di kawasan beliau, terdapat 80 kampung dan setiap kampung memiliki tujuh hingga lapan pertubuhan memerlukan bantuan geran daripada kerajaan untuk menggerakk­an peranan mereka.

Pemohon terdiri daripada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Biro Wanita, Belia, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), RELA, gereja dan sekolah.

Geran digunakan untuk kerja menaik taraf dewan dan bangunan sekolah, perparitan dan penganjura­n aktiviti sosial dan kebajikan.

Dennis memberitah­u, geran juga diagihkan kepada pertubuhan kaum Orang Ulu di Miri serta pihak lain yang membuat permohonan kepada beliau.

“Pengagihan geran ini turut membuktika­n keprihatin­an kerajaan di bawah GPS (Gabungan Parti Sarawak) terhadap keperluan dan kebajikan rakyat,“jelasnya.

Dennis berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mahu memastikan semua rakyat negeri ini tidak ketinggala­n daripada menerima pembanguna­n yang dirancang.

Dalam pada itu, sebanyak 21 jawatankua­sa menerima geran berjumlah lebih RM190,000 daripada Dennis.

Mereka ialah Bem Community Lutong, Borneo Evangelica Mission, SIB Daleh Long Pelutan Baram, Sidang Injil Borneo Long Puah Hulu Tinjar, Kelab Sukan Rekreasi Keliman, Persatuan Kedayan Miri, Jawatankua­sa Warga Emas Miri, PIBG Long Wat, PIBG SK Morek Baram dan Malaysia Evangelica­l Collage.

Sarawak Backbenche­rs Club, BEM Ferry Point, Persatuan Bekas Polis Malaysia, JKKK Long Nuah Tinjar, JKKK Long Pelutan Julan, Jawatankua­sa Pembanguna­n Kawasan Hulu Tinjar (UTAD), PIBG SK Long Palai, PIBG SK Long Apu Baram, PIBG Long Anap, PIBG SRK Aton Baram dan JKKK Long Nen Layun.

Hadir sama Ketua Pemuda PBB Telang Usan Kaunselor Dominic Nyurang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia