Utusan Borneo (Sarawak)

Program suntikan vaksin anti-rabies fasa ketiga, 19 Sept-2 Nov

-

SIBU: Jawatankua­sa Kawalan Penyakit Rabies Bahagian Sibu akan menjalanka­n program suntikan vaksin antirabies fasa ketiga di beberapa tempat termasuk bandar Sibu, Sibu Jaya, Kanowit dan Selangau mulai 19 September hingga 2 November.

Residen Bahagian Sibu Charles Siaw berkata program tersebut dijalankan bagi mencapai sasaran sebanyak 10,000 anjing di bahagian ini disuntik dengan vaksin anti-rabies.

“Jawatankua­sa ini ditubuhkan pada awal tahun ini dengan pelbagai aktiviti diadakan termasuk mesyuarat dan perbincang­an mengenai kawalan rabies, operasi bersepadu menangkap anjing terbiar dan program suntikan vaksin anti- rabies dengan sasaran 10,000 anjing.

“Setakat ini, sebanyak 7,481 anjing di bahagian Sibu diberi suntikan vaksin anti-rabies,” katanya ketika merasmikan Kempen Kesedaran ‘Say No To Rabies’ di Dataran Bandar Sibu Fasa II, malam kelmarin.

Charles berkata, kesedaran dan pengetahua­n mengenai penyakit rabies merupakan kunci utama memerangi penyakit itu supaya dapat dicegah, dikesan awal dan dirawat dengan berkesan.

“Namun, kesedaran dan pengetahua­n sahaja tidak memberi kesan sekiranya tidak diamalkan secara berterusan,” ujarnya.

Menurut Charles, kempen ‘Say No To Rabies’ merupakan salah satu langkah dilaksanak­an untuk mewujudkan kesedaran terhadap penyakit rabies dalam kalangan masyarakat di sini.

“Masyarakat Sibu digesa tidak hanya bergantung kepada inisiatif kerajaan mencegah penyakit rabies, sebaliknya semua pihak harus bekerjasam­a mencapai tujuan itu,” jelasnya.

Pegawai Veterinar Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak Dr Stephen Gabriel dan Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun menyampaik­an ceramah penyakit rabies pada kempen itu.

Sementara itu, pelekat kereta ‘Say No To Rabies’ tertera dengan nombor hotline Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) 084- 310808/ 013- 8077964, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) 084-336077 dan Majlis Daerah Kanowit (MDK) 084-752093.

Kempen kesedaran ‘Say No To Rabies’ merupakan salah satu aktiviti diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-10 Sibu Internatio­nal Base Jump 2018.

Hadir sama Ketua Seksyen Kesihatan Awam Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Cheong Yaw Liang, wakil Pegawai Daerah Sibu Zulkarnain Ismail, Temenggung Stanley Gramong dan Pemanca James Semilan.

 ??  ?? BENDUNG RABIES: Charles (tengah) bersama Dr Cheong (tiga kanan), Dr Stephen (tiga kiri) serta tetamu menunjukka­n pelekat kereta ‘Say No To Rabies’.
BENDUNG RABIES: Charles (tengah) bersama Dr Cheong (tiga kanan), Dr Stephen (tiga kiri) serta tetamu menunjukka­n pelekat kereta ‘Say No To Rabies’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia