Utusan Borneo (Sarawak)

Sukarelawa­n Skuad AADK disasar di setiap rumah DUN Demak Laut

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni menyasar untuk mewujudkan barisan sukarelawa­n Skuad Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK) di setiap rumah di seluruh kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

Beliau menegaskan bahawa langkah tersebut bagi memastikan usaha memerangi dadah secara habis-habisan di setiap kampung dalam DUN Demak Laut dapat dicapai sekali gus mewujudkan masyarakat bebas dadah.

“Tanpa kerjasama setiap lapisan masyarakat, maka usaha untuk memerangi dadah ini akan menjadi sukar dan sebab itulah kita menganjurk­an program latihan untuk sukarelawa­n Skuad AADK di setiap zon dalam DUN Demak Laut melibatkan setiap kampung.

“Ini kerana kita mahu memastikan setiap rumah mempunyai seorang ahli Skuad AADK yang akan menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam kita memerangi aktiviti salah guna dadah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguha­n program latihan untuk sukarelawa­n Skuad AADK Zon Tabuan di Dewan Datuk Seri Wan Junaidi Kampung Tabuan Lot di sini semalam.

Dr Hazland memberitah­u, program itu dianjurkan secara berterusan mengikut zonzon yang ada di bawah DUN Demak Laut agar sasaran tersebut dapat dicapai.

Tegasnya, usaha memerangi dadah penting kerana ia adalah musuh nombor satu negara dan boleh merosakkan masa depan generasi muda dan negara.

“Pada hari ini kita melatih 148 orang untuk Skuad AADK ini bagi Zon Tabuan dan selepas ini dianjurkan di Zon Tanjung Bako.

“Inilah komitmen kita dan pastinya memerlukan penglibata­n masyarakat kampung terutama anak-anak muda supaya usaha kita memerangi dan membasmi najis dadah dapat dicapai dengan jayanya,” tambahnya.

Justeru, beliau berharap kerjasama daripada kalangan setiap lapisan masyarakat di kampung- kampung dapat diteruskan bagi mewujudkan masyarakat yang bebas daripada penyalahgu­naan dadah.

Hadir sama Penolong Pengarah Unit Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK Sarawak Iskandar Turkee, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Penghulu Kampung Tabuan Lot Jas Sait dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? TERTARIK: Dr Hazland (dua kiri) ditemani Abang Wahap (kiri) mendengar penerangan ringkas berkaitan penyalahgu­naan dadah daripada Iskandar (tengah).
TERTARIK: Dr Hazland (dua kiri) ditemani Abang Wahap (kiri) mendengar penerangan ringkas berkaitan penyalahgu­naan dadah daripada Iskandar (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia