Utusan Borneo (Sarawak)

Dennis tunjuk komitmen tinggi tingkat pendidikan di pedalaman

-

LONG KESSEH: Mengharung­i perjalanan kira-kira empat jam melalui jalan balak hanya untuk merasmikan kem motivasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Kesseh yang mempunyai sekitar 20 murid tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau meluangkan masa melawat sekolah tersebut.

Beliau berkata, apa yang penting kedatangan beliau bukan semata- mata merasmikan program tersebut tetapi sebagai menzahirka­n penghargaa­n kepada semua pihak yang menunjukka­n komitmen tinggi menganjurk­an program motivasi di sekolah itu.

“Kedatangan saya juga menunjukka­n semua sekolah di kawasan Baram khususnya di Telang Usan diberi perhatian sama rata meskipun mempunyai masalah kekurangan murid.

“Ini merupakan program pertama diadakan di DUN Telang Usan, Baram dengan kerjasama Curtin University Malaysia.

“Sebelum ini, program di rumah panjang di Telang Usan lebih menjurus mem- beri peluang kepada pelajar Curtin mengalami pengalaman hidup di pedalaman dan rumah panjang dengan komuniti Orang Ulu,” katanya.

Dennis berkata demikian semasa merasmikan Kem Motivasi anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Long Kesseh, Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) dan Jawatankua­sa Kampung Long Kesseh pada 14 September lalu.

Beliau berterima kasih kepada sembilan fasilitato­r Curtin Malaysia yang meluangkan masa tiga hari mulai 14 September menjayakan kem itu.

Dennis turut menasihati masyarakat di pedalaman Baram agar mengutamak­an pendidikan kerana ia adalah cara terbaik mengubah nasib mereka.

Beliau berkata, pendidikan merupakan ‘ pasport’ kejayaan anak-anak pada masa depan.

“Kita wajib memberi pendidikan terbaik kepada anakanak kerana dengan memiliki pendidikan mereka mampu hidup lebih baik selain meningkatk­an mobiliti sosial,” katanya.

Menurut Dennis, satu daripada program yang dapat mengadakan sinergi mengangkat pendidikan di daerah Baram khususnya di Telang Usan ialah program kem motivasi.

Beliau menyatakan komitmen membantu apa sahaja aktiviti melibatkan pendidikan dan sekolah serta mencadangk­an kepada Curtin Malaysia terus membantu komuniti di Telang Usan dalam membawa input yang dapat mengubah pemikiran mereka untuk maju.

“Terdapat empat komponen menjadi tunjang mengangkat pendidikan iaitu anak- anak mahu belajar, kesungguha­n ibu bapa menghasilk­an kejayaan, guru mendidik anak- anak dengan komitmen padu dan masyarakat setempat menyokong penuh program pendidikan.

“Oleh itu, saya menyeru semua penduduk kampung agar memberi kerjasama dan menyokong aktiviti sekolah dan membantu PIBG.

“Sebagai contoh, meskipun sekolah ini mempunyai murid tidak lebih 20 orang dan perjalanan jauh melalui jalan balak namun saya tetap datang kerana mahu menunjukka­n komitmen selain penghargaa­n kepada sekolah dan Curtin Malaysia mengadakan kem ini,” katanya.

Dennis memuji usaha Guru Besar SK Long Kesseh Poul Nanggang sejak ditugaskan di situ, berjaya membawa perubahan kepada murid dan sekolah tebabit.

Pada majlis tersebut, Dennis mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) sejumlah RM10,000 kepada PIBG SK Long Kesseh bagi membantu sekolah menjalanka­n aktiviti tahunan.

Hadir sama Ketua Kampung Long Kesseh Luat Jok, Ketua Rombongan Curtin Malaysia Maltilda Mae Brain, Ketua Kampung Long Nakan Andrew Jau Anyie serta kirakira 250 tetamu dari Long Kesseh dan Long Nakan.

 ??  ?? MOTIVASI: Dennis (lima kiri) bersama fasilitato­r Curtin Malaysia yang menjayakan Kem Motivasi di SK Long Kesseh, Baram.
MOTIVASI: Dennis (lima kiri) bersama fasilitato­r Curtin Malaysia yang menjayakan Kem Motivasi di SK Long Kesseh, Baram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia