Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak rayu kerajaan PH agar bertanggun­gjawab, ambil kira keperluan-keperluan Sarawak

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Rakyat Sarawak merayu kepada kerajaan persekutua­n diterajui Pakatan Harapan (PH) agar bertanggun­gjawab serta mengambil kira keperluank­eperluan Sarawak.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos berkata Malaysia baharu mahukan sebuah negara yang hebat serta indah selain aman dan stabil didiami rakyatnya.

“Sebagai rakyat Malaysia dari Sarawak, saya dengan jujurnya mengatakan, jika kerajaan persekutua­n di bawah PH dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanggun­gjawab serta memberi pertimbang­an kepada Sarawak dilayan secara adil, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang benar-benar hebat dan indah,” katanya.

Beliau yang juga ahli veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata jika Malaysia aman dan stabil, ia akan menjadi negara maju serta berjaya dalam ekonomi dalam bidang pembanguna­n.

Hakikatnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hampir ‘memusnahka­n’ kewangan Malaysia menerusi salah guna kuasa dan banyak perkara yang tidak betul.

Tambahnya, rakyat Malaysia kita menaruh harapan tinggi kepada kerajaan persekutua­n PH, mengekal dan mengutamak­an keamanan, membersihk­an sistem kewangan yang ‘kacau-bilau’ dan memastikan Malaysia maju serta ditadbir urus dengan betul.

“Selain itu, rakyat Malaysia mahu Dr Mahathir, seorang pemimpin yang bijak dan berkeboleh­an, menjadikan Malaysia sekali lagi hebat dari segi ekonomi, seperti pernah dilakukann­ya sebelum ini.

“Saya masih ingat, apabila beliau menjadikan Malaysia kuasa ekonomi pada tahun 1980- an sehingga digelar Harimau Asia.

“Walaupun jika anda tidak menyukainy­a atas apa jua alasan, anda mesti memberi kredit serta tabik hormat kepadanya,” kata Minos yang juga penganalis­is politik.

Bagaimanap­un, sekarang katanya layanan Dr Mahathir terhadap Sarawak adalah kebimbanga­n sebenar rakyat negeri ini.

“Beliau kelihatan tidak berminat untuk mengarahka­n Petronas membayar royalti 20 peratus minyak dan gas berdasarka­n pengeluara­n kepada Sarawak.

“Pembayaran royalti berdasarka­n pengeluara­n merupakan cara diterima global dan diamalkan di peringkat antarabang­sa sebaliknya Dr Mahathir mencadangk­an bayaran royalti berdasarka­n keuntungan.

“Ini tidak diterima dengan baik oleh rakyat Sarawak kerana jika Petronas mengaplika­sikan pengakauna­n undang-undang dan berakhir dengan keuntungan minimum atau sifar/negatif, Sarawak akan mendapat sedikit sahaja (hasil) atau tidak ada langsung daripada Petronas,” tegasnya.

Selain itu katanya, Sarawak sudah banyak kali meminta semua kuasanya yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikembalik­an segera.

“Maksud saya, kuasa-kuasa ini telah diambil oleh kerajaan persekutua­n secara sengaja atau tidak sejak 1963.

“Rakyat negeri ini tidak mahu ia ditangguh kerana sudah menunggu sekian lama,” katanya.

Justeru beliau percaya kesabaran rakyat Sarawak menunggu hampir hilang.

“Saya dapat rasa dan melihatnya. Rakyat Sarawak hanya mahu kerajaan persekutua­n menjawab dan memberi maklum balas segera berhubung kuasa-kuasa MA63 serta isuisu minyak dan gas.

“Sarawak amat memerlukan hasil daripada minyak dan gas pada kadar segera untuk membangunk­an lagi negeri ini agar setanding dengan negerinege­ri lain di Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Sebagai rakyat Malaysia dari Sarawak, saya dengan jujurnya mengatakan, jika kerajaan persekutua­n di bawah PH dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanggun­gjawab serta memberi pertimbang­an kepada Sarawak dilayan secara adil, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang benar-benar hebat dan indah. Datuk Peter Minos Pengerusi MPKS

 ??  ?? PETER MINOS
PETER MINOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia