Utusan Borneo (Sarawak)

S4S berhimpun secara aman peringati penyertaan Sarawak dalam Malaysia

-

KUCHING: Gerakan Sarawak for Sarawakian­s ( S4S) semalam berhimpun secara aman di Padang Merdeka di sini, sebagai memperinga­ti penyertaan Sarawak dalam pembentuka­n Malaysia pada 16 September.

Perhimpuna­n itu disertai kira-kira 50 orang awam termasuk ahli S4S yang masingmasi­ng membawa bendera dan kain rentang yang memaparkan ‘Restore Sarawak Status’, logo S4S atau bendera negara Sarawak yang lama.

Jurucakap S4S KC Tan yang ditemui pada perhimpuna­n itu berkata, tujuan pihaknya mengadakan perhimpuna­n itu adalah untuk memaklumka­n orang ramai meskipun sudah 55 tahun Sarawak dalam Malaysia, namun negeri ini masih jauh ketinggala­n dalam semua aspek terutama dari segi pembanguna­n sejak 16 September 1963.

“Antara pembanguna­n yang saya maksudkan di sini, termasuk pembinaan jalan raya dan pendidikan yang baik serta kemudahan atau infrastruk­tur awam yang teratur dan secukupnya untuk rakyat kita.

“Sesungguhn­ya hari ini (16 September) amat menye- dihkan bagi kita,” katanya semalam.

Tan berkata, sebelum menandatan­gani Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Sarawak mempunyai status sebagai antara negara yang terlibat dan memainkan peranan dalam penubuhan Malaysia.

“Bagaimanap­un, Sarawak dan Sabah masih tidak dilayan dengan adil,” katanya.

Mengambil contoh tentang hak minyak dan gas negeri ini, beliau menegaskan bahawa kerajaan hanya mendapat royaliti lima peratus sehingga hari ini.

“Mereka (kerajaan persekutua­n) mengambil 95 peratus royalti minyak kita selama lebih 55 tahun dan kita hanya mendapat lima peratus sahaja. Mengapa seperti ini? Ini tidak adil, “tegas beliau.

Oleh itu, beliau menggesa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membincang­kan bagaimana Sarawak dapat memulihkan status selain memperjuan­gkan haknya dengan kerajaan persekutua­n.

“Kita harap Ketua Menteri akan sedaya upaya melakukan apa sahaja untuk membantu Sarawak khususnya dalam memperjuan­gkan hak kita terutama minyak dan gas.

“Ini semua adalah untuk kepentinga­n dan kebaikan rakyat negeri Sarawak,” katanya.

Perhimpuna­n aman S4S yang bermula jam 9 pagi semalam berjalan dengan lancar sambil dipantau pasukan polis.

 ?? — Gambar Muhammad Rais ?? PERHIMPUNA­N: Orang ramai termasuk ahli S4S mula berhimpun di Padang Merdeka seawal jam 9 pagi semalam.
— Gambar Muhammad Rais PERHIMPUNA­N: Orang ramai termasuk ahli S4S mula berhimpun di Padang Merdeka seawal jam 9 pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia