Utusan Borneo (Sarawak)

PMS anjur pelbagai acara sempena Hari Malaysia

-

SIBU: Sempena Hari Malaysia semalam, pelbagai acara dan program dijalankan meraikan ulang tahun ke-55 pembentuka­n Malaysia iaitu penyatuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.

Bagi memeriahka­n hari bersejarah itu, Persatuan Melanau Sibu (PMS) dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Tebu menganjurk­an program ‘Pedun Lau Malaysia’ disertai penduduk setempat di sini.

Seawal jam 7 pagi, puluhan penduduk setempat mengambil bahagian dalam acara senamrobik berlangsun­g di pekarangan bangunan PMS di Jalan Awang Ramli Amit di sini.

Acara program diteruskan dengan pertanding­an mewarna veteran 50 tahun disertai 15 peserta.

Program turut dimeriahka­n dengan acara pertanding­an pakaian beragam kanakkanak yang mengenakan pakaian Jalur Gemilang dengan kreativiti masing-masing.

Antara lain program diadakan ialah pertanding­an PMS Idol, sukaneka, pocopoco, membuat umai dan lain-lain.

Gerai jualan pelbagai produk turut dibuka untuk kunjungan orang ramai.

Selain itu, PMS juga membuka kaunter untuk orang ramai yang berminat menjadi ahli PMS seumur hidup khas buat kaum Melanau sahaja. SIBU: Kelab KTS Sibu meraikan sambutan Hari Malaysia semalam dengan menganjurk­an aktiviti tahunan Kempen Derma Darah di Star Mega Mall di sini.

Pengerusin­ya Benny Lau berkata, kempen dianjurkan dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu dan penaja Shell Timur Sdn Bhd serta Star Mega Mall.

“Ini adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat kepada komuniti dan kempen ini menjadi aktiviti tahunan kelab.

“Kami memilih tarikh 16 September kerana ia satu tarikh cukup bermakna sempena sambutan Hari Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Benny berkata, pihaknya menyasarka­n 100 penderma darah tampil menderma darah pada kempen itu bagi membantu menampung keperluan Bank Darah Hos- pital Sibu.

Pada majlis sama, Kelab KTS Sibu turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada penaja Shell Timur Sdn Bhd dan Star Mega Mall serta Bank Darah Hospital Sibu.

Hadir sama pengerusi pengelola Yiau Dee Ming, Pengurus Akaun Shell Timur Sdn Bhd David Ling dan Pengurus Kanan Bahagian Produk Industri KTS Trading Sdn Bhd Ling Leong King.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Benny (tujuh kiri), Yiau (lima kiri) dan Ling (lapan kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil penaja menjayakan Kempen Derma Darah semalam.
TERIMA KASIH: Benny (tujuh kiri), Yiau (lima kiri) dan Ling (lapan kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil penaja menjayakan Kempen Derma Darah semalam.
 ??  ?? MEWARNA: Pengerusi PMS Mohd Anis Ili (berdiri, dua kanan) bersama peserta pertanding­an mewarna veteran diadakan sempena sambutan Hari Malaysia semalam.
MEWARNA: Pengerusi PMS Mohd Anis Ili (berdiri, dua kanan) bersama peserta pertanding­an mewarna veteran diadakan sempena sambutan Hari Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia