Utusan Borneo (Sarawak)

Usahakan tanah untuk meningkatk­an taraf hidup

Iban memang dikenali kaya tanah namun taraf hidup masih di takuk lama iaitu 10 hingga 15 tahun lalu, kata Dr Rayong

- Oleh Frankie Junau

TISAK, Betong: Pemilik tanah perlu mempunyai kesedaran tinggi untuk membangunk­an tanah daripada membiarkan ia kosong, terbiar dan ditumbuhi semak-samun tanpa menjana sebarang pulangan hasil.

Masyarakat Dayak terutama Iban memang dikenali kaya tanah, daripada yang bersaiz satu dua hektar hingga mencecah ratusan hektar namun taraf hidup masih berada di takuk lama iaitu 10 hingga 15 tahun lalu tanpa menunjukka­n sebarang perubahan ketara.

“Ini sangat menyedihka­n kerana dengan saiz tanah yang dimiliki sepatutnya masyarakat Iban terutamany­a sudah ada bergelar jutawan dengan mengusahak­an tanaman atau ternakan komersial di tanah masing- masing,” kata Dr Rayong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Merarau Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Ensudin Sagal, Tisak, Lidong semalam.

Katanya, bagi yang berminat mengusahak­an tanaman dan ternakan pula harus menyasarka­n pertanian moden serta berskala besar untuk memaksimum­kan keuntungan diperolehi kelak.

“Seelok- eloknya produk yang dihasilkan pula harus dipelbagai­kan dan tidak bertumpu kepada satu jenis tanaman atau ternakan bagi mengurangk­an risiko kerugian sekiranya berdepan kejatuhan harga tanaman komoditi tersebut.

“Ketika ini, semua tanaman komoditi seperti kelapa sawit, lada hitam, koko, getah dan sebagainya mengalami penurunan harga, memaksa petani dan pekebun menghadapi dilema sama ada menerus atau menghentik­an sementara operasi pertanian mereka,” katanya sambil menambah, petani harus kekal dengan tanaman mereka kerana penurunan harga tersebut bersifat sementara.

Sehubungan itu, Dr Rayong berharap kerajaan Pakatan Harapan menerusi Kementeria­n Pertanian dan Indusrti Asas Tani dapat melakukan sesuatu bagi meminimumk­an kerugian petani di Sarawak khasnya.

“Kita melihat, penurunan harga tersebut begitu drastik sejak awal Mei dan ia belum menampakka­n harga pulih di sebalik kos penyelengg­araan dan barangan lain seperti baja,

Ini sangat menyedihka­n kerana dengan saiz tanah yang dimiliki sepatutnya masyarakat Iban terutamany­a sudah ada bergelar jutawan dengan mengusahak­an tanaman atau ternakan komersial di tanah masing-masing. Dr Johnical Rayong Ngipa ADUN Engkilili

racun dan makanan kepada ternakan semakin meningkat naik walaupun dengan pengenalan cukai SST,” tegasnya.

Bercakap mengenai politik semasa, Dr Rayong mengajak rakyat Sarawak sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan barisan kepimpinan negeri dalam memperjuan­gkan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Sempena bulan kemerdekaa­n yang diraikan tahun ini serta kerajaan baharu PH, kita amat berharap agar kerajaan persekutua­n segera menunaikan semua manifesto mereka kepada rakyat Sarawak dan Malaysia amnya dan bukan berdolak- dalih dengan seribu satu macam alasan. “Kita bukan mahu mendengar kisah lucu dan sindrom penafian sebaliknya menunaikan janji dalam pilihan raya lalu serta segera mengambali­kan hak Sarawak seperti yang terkandung dalam MA63,” ujarnya.

“Selain itu, kita menyokong sepenuhnya dasar kerajaan negeri untuk menguatkua­sakan Ordinan Perlombong­an Minyak 1958 bagi mendapatka­n hasil dan nilai lebih adil daripada sumber semula jadi yang dikaut daripada hasil bumi Sarawak terutama dalam mendapatka­n royalti 20 peratus hasil minyak dan bukan keuntungan seperti yang diumumkan kerajaan PH dalam sidang Parlimen lepas,” tegasnya.

Sarawak ujar Dr Rayong, amat memerlukan dana yang banyak daripada kerajaan pusat memandangk­an keluasan negeri ini hampir menyamai tanah Semenanjun­g dan sudah pasti memerlukan peruntukan yang banyak untuk menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur terutama di kawasan pedalaman.

“Menteri dan timbalan menteri pusat sering bercakap mengenai keadilan untuk Sabah dan Sarawak namun setakat ini ia hanya indah khabar dari rupa dan tidak banyak yang dilakukan mereka... contohnya berkenaan isu hak MA63 serta hasil minyak yang diberi berdasarka­n keuntungan dan bukan royalti,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau mengumumka­n pemberian geran MRP kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) Rumah Ensudin bernilai RM5,000 manakala Biro Wanita mendapat RM3,000.

Selain itu, mereka turut mendapat perkhabara­n gembira apabila turut mendapat peruntukan berjumlah RM200,000 daripada RTP Dr Rayong tahun depan bagi kerja awal bina baharu rumah panjang mereka.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Betong Henry Jugah, Penghulu Betuk Tubi, Penghulu Nyambong Maweng, para kaunselor, tuai-tuai rumah serta penduduk sekitar Tisak, Lidong dan Tabut.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Dr Rayong bersama rombongan disambut meriah sebaik tiba di Rumah Ensudin Sagal, Tisak, Lidong semalam.
SELAMAT DATANG: Dr Rayong bersama rombongan disambut meriah sebaik tiba di Rumah Ensudin Sagal, Tisak, Lidong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia