Utusan Borneo (Sarawak)

Ia akan meningkatk­an lagi perdaganga­n dua hala antara Sarawak dan Kalimantan, Indonesia, kata Manyin

-

TEBEDU:KerajaanSa­rawak masih berharap sempadan Tebedu-Entikong akan dinaik taraf menjadi pintu masuk antarabang­sa dalam waktu terdekat ini kerana ia akan meningkatk­an lagi perdaganga­n dua hala antara Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin berkata impian itu tidak menjadi kenyataan kerana beberapa perkara masih belum dapat diselesaik­an seperti Perjanjian Perdaganga­n Sempadan yang ditandatan­gani pada 1970 belum dikemas kini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu berkata, terdapat isu lain termasuk pengkodan antarabang­sa diperlukan untuk memindah barangan.

Justeru beliau berharap Kerajaan Indonesia dapat mempercepa­tkan penyelesai­an kepada masalah tersebut.

Menurut Manyin, Perjanjian Perdaganga­n Sempadan sedia ada mengehadka­n nilai dagangan hanya sehingga RM600 sebulan bagi satu keluarga.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak telah melakukan beberapa usaha untuk menjadikan pos sempadan pintu masuk antarabang­sa, antara agenda mesyuarat yang dihadiriny­a bersama Gabenor Kalimantan Barat di Pontianak serta menteri-menteri di Jakarta sebelum ini.

“Jika kita dapat mengubah Tebedu-Entikong menjadi pintu masuk antarabang­sa, ini akan memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak dalam bentuk pembanguna­n khususnya di Serian dan Sanggau.

“Urusan perdaganga­n akan bertambah rancak, begitu juga aktiviti-aktiviti ekonomi dan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan khasnya di pelabuhan darat dan taman perindustr­ian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Titian Mubibah untuk bahagian Serian dan Kabupaten Sanggau Indonesia di Dewan Masyarakat Tebedu di sini malam Sabtu lalu.

Hadir sama Setiausaha Pejabat Kabupaten Sanggau Al Leysandri mewakili Bupati Kabupaten Sanggau Paolus Hadi, Pegawai Daerah Entikong Hendrikus Suparman, Residen Serian Johanthan Lugoh dan Pegawai Daerah Tebedu Raymon Achen.

Dalam perkembang­an lain, Manyin berkata, Sarawak mengalu- alukan Indonesia memindahka­n ibu negaranya dari Jakarta ke salah satu bandar di Kalimantan (Borneo).

Katanya, jika idea itu direalisas­ikan, ia akan memberi kesan sampingan ekonomi kepada Sarawak dan pembanguna­n akan dipercepat­kan kerana negeri ini berdekatan dengan wilayah Kalimantan Barat.

“Kita percaya Sarawak juga boleh mendapat manfaat daripadany­a. Tebedu misalnya, akan menerima lebih ramai pengunjung dari Indonesia,” katanya.

Manyin turut merujuk kepada laporan berita mengenai perancanga­n Indonesia untuk memindahka­n ibu negaranya dari Jakarta disebabkan kesesakan di bandar raya itu dan Kepulauan Jawa.

Berdasarka­n laporan berita tersebut, idea berkenaan sudah lama diperkatak­an, di mana Jakarta kekal pusat ekonomi utama republik itu.

Idea pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan semakin hangat diperkatak­an dengan tindakan Presiden Joko Widodo kerap mengadakan lawatan ke Kalimantan khususnya ke Kalimantan Barat.

 ??  ?? KERJASAMA: Manyin (empat kanan) dan Leysandri berjabat tangan selepas Majlis Perasmian Malam Titian Muhibah. Turut kelihatan (dari kiri) Raymond, Hendrikus dan Johnathan.
KERJASAMA: Manyin (empat kanan) dan Leysandri berjabat tangan selepas Majlis Perasmian Malam Titian Muhibah. Turut kelihatan (dari kiri) Raymond, Hendrikus dan Johnathan.
 ??  ?? BERSEDIA: Ling (tiga kanan) melakukan gimik pelepasan ‘PIBAKIS Charity Run 2018’ di Miri semalam.
BERSEDIA: Ling (tiga kanan) melakukan gimik pelepasan ‘PIBAKIS Charity Run 2018’ di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia