Utusan Borneo (Sarawak)

PIBAKIS Miri perlu sokongan kewangan berterusan

-

MIRI: Persatuan Ibu Bapa Kanak- Kanak Istimewa (PIBAKIS) Miri memerlukan sokongan berterusan dari segi kewangan bagi melaksanak­an pelbagai program dan aktiviti untuk mereka yang berada di bawah jagaannya.

Penasihatn­ya Datuk James Ling berkata, dana yang konsisten menjadi keperluan utama dalam PIBAKIS.

“PIBAKIS telah mencapai usia 15 tahun pada tahun ini.

“Bermula dengan sekumpulan kecil ibu bapa yang mempunyai dedikasi sama, mereka bekerjasam­a dalam mempromosi­kan usaha serta agenda untuk anak-anak istimewa seperti apa yang anda lihat pada hari ini,” jelasnya.

Ling berkata demikian kepada lebih 1,000 peserta ‘PIBAKIS Charity Run 2018’ di premis PIBAKIS di Lutong, semalam.

“Kita bersama berkumpul hari ini untuk memberi sokongan dan menyumbang dana dalam usaha membantu PIBAKIS mencapai matlamatny­a.

“Kesejahter­aan, penjagaan dan pendidikan berterusan anak-anak istimewa dari semua aspek berkaitan menjadi keprihatin­an utama persatuan terbabit,” ujarnya.

Jelas Ling, PIBAKIS turut perlu menyelengg­ara dan menggunaka­n pusat PIBAKIS di Lutong dengan cara berkesan demi kebaikan semua anak istimewa yang hadir mendapatka­n pendidikan serta jagaan mereka.

“Diharapkan melalui aktiviti sebegini, anda (peserta) bukan sahaja telah bersama menjayakan usaha ini bersama persatuan dan jawatankua­sanya, malah sokongan yang anda berikan amat dihargai dan diharapkan ia berterusan pada masa akan datang,” katanya.

Tambah Ling, acara terbabit akan menjadi aktiviti tahunan bagi membantu persatuan mendapatka­n dana untuk terus membiayai keperluan bangunan PIBAKIS terbabit.

Sementara itu, larian amal PIBAKIS berkenaan telah disertai ahli pusat Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK), kakitangan jabatan kerajaan dan swsta serta orang awam.

Hadir sama ialah Presiden PIBAKIS merangkap Pengerusi Penganjur Chiam Yun Chaw, Pengerusi PDK Miri Yeo Kuan Leong, Penasihat PIBAKIS Miri Lau Siu Hui dan Tay Ah Tiong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia