Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik Alza dari Sabah, Sarawak berkumpul di Miri

-

MIRI: Lebih 40 kenderaan Alza dari Sabah dan Sarawak berkumpul sempena ‘Annual Grand Table Talk Borneo Vol 6’ (AGTTB) di sini semalam.

Ia adalah anjuran My Alza Owners Club (MAOC) Sarawak dengan tujuan untuk mengeratka­n hubungan dalam kalangan ahli kelab dan ahli keluarga.

Program yang julung kali diadakan di Miri itu mendapat sambutan memberangs­angkan dengan kehadiran lebih 200 ahli termasuk keluarga.

Sebelum ini AGTTB telah diadakan di Labuan dan kali ini Miri menjadi tuan rumah dengan penyertaan dari selu- ruh negara.

Antara lain tujuan ia diadakan ialah untuk menanam dan menyebarka­n nilai-nilai positif dalam kalangan ahli mengenai gaya hidup sihat dan mengutamak­an keluarga.

Pada masa sama, ia untuk memahami perjalanan organisasi sepanjang tahun dan perancanga­n aktiviti kelab pada masa akan datang.

AGTTB yang diadakan di Permymall Miri itu turut sarat dengan pengisian aktiviti melibatkan golongan dewasa dan kanak-kanak.

Antaranya ialah menyepit kacang hijau, lumba kupas dan makan telur rebus empat biji, kerusi muzikal, limbo rock dan lumba bawa bola pingpong mengguna cawan kertas.

Acara kanak-kanak pula melibatkan meniup belon dan pecahkan dengan duduk atas lantai, kerusi muzikal dan pertanding­an mewarna.

Acara lain ialah pertanding­an modifikasi kereta berhias membabitka­n kereta ahli Alza seperti ‘Best of the Best’, ‘Best Wheel’, ‘Best Sticker’, ‘Best Colour’ dan ‘Best Stance & Fitment’.

Majlis perasmian disempurna­kan Ketua Sekretaria­t Skuad Muda 1JPJ Miri Abu Bakar Kalong.

Dalam ucapannya, beliau menyaranka­n semua pemilik kenderaan terutama yang aktif dalam sukan permotoran mematuhi peraturan jalan raya.

Menurutnya, hampir setiap tahun statistik kemalangan menunjukka­n kadar peningkata­n kes dan kesedaran serta keselamata­n semasa di atas jalan raya perlu diberi perhatian.

Turut hadir Presiden MAOC Malaysia Rusmaini Mohammad Rosli, Ketua Wilayah Borneo Rozman Abdul Latip, Ketua MAOC Sabah Mohamad Noor Abdul Majid dan Ketua MAOC Sarawak Gibson David.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia