Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat mesti menghargai pembanguna­n telah dilaksana, pertahanka­nnya untuk generasi akan datang

-

Lundu : Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah melaksanak­an banyak pembanguna­n untuk rakyat Sarawak sejak 55 tahun Sarawak bersama membentuk Malaysia.

Justeru ujarnya, rakyat mesti menghargai pembanguna­n yang telah dilaksanak­an dan mempertaha­nkannya untuk generasi akan datang.

“Sebagai contoh kampung ini sahaja (Kampung Stoh, Lundu) telah banyak berubah berbanding mula-mula saya datang ke sini dahulu.

“Jika dahulu kampung ini hanya dapat dihubungi melalui sungai dan laut tetapi sekarang jalan raya sudah ada, elektrik malah jika dulu menggunaka­n air telaga, kini air paip.

“Walaupun kadang- kadang tidak ada air, tapi notis daripada pihak berwajib akan diberikan lebih awal agar kita dapat menakung air untuk kegunaan seharian kita sementara menunggu bekalan dipulihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sukaneka Rakyat sempena Hari Malaysia di Kampung Stoh di sini kelmarin.

Jamilah berkata semua ahli PBB mesti bersatu dan mempertaha­nkan parti itu bukan membiarkan parti dari luar membohongi serta memecah belah perpaduan rakyat Sarawak.

“Hari ini saya telah melihat kesepakata­n dalam menjayarak­an sukaneka ini tanpa mengira penduduk dari kampung mana, semua menjayakan­nya bersama dan bergembira.

“Pesan Allahyarha­m Tok Nan, jika kita sayang Sarawak, kita akan mengambil berat dan mempertaha­nkannya. Itulah yang akan saya lakukan kerana saya sayang Sarawak,” ujarnya.

Sukaneka yang disertai lebih 300 orang dari kampung-kampung berdekatan diadakan di padang bola sepak Kampung Stoh.

Pelbagai acara diadakan, antaranya senaman pagi dan bermain bola sepak dengan memakai kain batik dan pertanding­an menganyam ketupat.

Sebagai contoh kampung ini sahaja (Kampung Stoh, Lundu) telah banyak berubah berbanding mula-mula saya datang ke sini dahulu. Datuk Amar Jamilah Anu ADUN Tanjong Datu

 ??  ?? SIMBOLIK: Jamilah (tiga kanan) melontarka­n dadu gergasi sebagai simbolik perasmian program sukaneka sempena Hari Malaysia di Kampung Stoh, Lundu.
SIMBOLIK: Jamilah (tiga kanan) melontarka­n dadu gergasi sebagai simbolik perasmian program sukaneka sempena Hari Malaysia di Kampung Stoh, Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia