Utusan Borneo (Sarawak)

Murid pendidikan khas aset yang dapat menyumbang kepada kemajuan masyarakat

-

KUCHING: Murid pendidikan khas merupakan aset yang dapat menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan tidak sepatutnya dilihat sebagai liabiliti sahaja.

Demikian kata Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Dr Yasmin Hussain sambil menambah, anak-anak berkeperlu­an khas mempunyai pelbagai kercerdasa­n yang dapat dicungkil, dipupuk dan dikembangk­an ke arah kecemerlan­gan individu yang optimum.

“Justeru, berilah sokongan dan komitmen yang tinggi kepada murid ini.

“Janganlah masa depan mereka dikaburkan lantaran ketidakupa­yaan yang dialami.

“Dengan memberi ruang yang lebih untuk mengenal pasti potensi diri mereka, maka murid pendidikan khas akan dapat bersama masyarakat menyumbang ke arah pembanguna­n dan kemakmuran negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili pengarah Pendidikan Khas KPM pada Program Bersepadu Meningkatk­an Kesedaran Tentang Murid Berkeper- luan Khas Zon Sarawak 2018 semalam.

Beliau turut menyatakan bahawa pengetua dan guru besar sekolah perlu memainkan peranan lebih berkesan dan memberi perhatian khusus untuk membantu murid pendidikan khas agar mereka tidak tercicir dalam arus pendidikan negara.

Tambahnya, termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Peraturan-Peraturan Pen- didikan, Pendidikan Khas 2013) membenarka­n guru mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajar­an serta bahan bantu mengajar dalam mendidik murid terlibat.

Beliau memuji inisiatif Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPNS kerana menganjurk­an program yang dapat merealisas­ikan falsafah pendidikan khas.

Falsafah pendidikan khas adalah untuk melahirkan insan berkemahir­an, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri.

Beliau turut mahu program sedemikian diteruskan di peringkat sekolah dengan melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Semalam pelbagai aktiviti dijalankan di MYDIN, Petra Jaya seperti pameran, pertanding­an memasak, mencanting batik, reka bentuk bahan terbuang, mewarna poster patriotik, menari, karaoke, ‘treasure hunt’ dan ‘umbrella walk’.

Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Islam JPNS mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Hosen Mohrip dan Pengurus MYDIN Petra Jaya Sutaghani Mohd Zaidol.

 ??  ?? RASMI: Dr Yasmin (dua kiri) menyumpit poster sebagai tanda simbolik perasmian Program Bersepadu Meningkatk­an Kesedaran Tentang Murid Berkeperlu­an Khas Zon Sarawak 2018 di MYADIN Petra Jaya semalam.
RASMI: Dr Yasmin (dua kiri) menyumpit poster sebagai tanda simbolik perasmian Program Bersepadu Meningkatk­an Kesedaran Tentang Murid Berkeperlu­an Khas Zon Sarawak 2018 di MYADIN Petra Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia