Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera akibat Taufan Mangkhut

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Luar semalam mengesahka­n tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera akibat Taufan Mangkhut yang membadai beberapa kawasan di Filipina kelmarin dan semalam.

Kementeria­n itu dalam satu kenyataan semalam, keadaan di kawasan yang terjejas masih lagi tidak selamat, maka seluruh rakyat Malaysia dinasihatk­an agar menangguhk­an perjalanan yang tidak mustahak ke kawasan yang terlibat.

“Kebanyakan kawasan yang terjejas oleh taufan itu adalah di bahagian utara Luzon, Filipina. Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan terbabit dinasihatk­an supaya berhati-hati dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Kementeria­n Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Manila juga Pejabat Konsul Besar di Davao, Mindanao sedang memantau rapi keadaan ini, kata kenyataan itu lagi.

“Kedutaan Besar Malaysia juga berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatka­n pandangan dan maklumat terkini,” katanya.

Warga Malaysia yang berada di kawasan terjejas dan memerlukan bantuan pihak kedutaan boleh menghubung­i Kedutaan Besar Malaysia di Manila atau Pejabat Konsul Besar di Davao, Mindanao.

Alamat kedutaan di Manila ialah 107, Tordesilla­s Street, Salcedo Village, Makati City, 1227, Filipina. Kedutaan Malaysia boleh dihubungi menerusi talian +63 917 864 0761 pada waktu pejabat atau menerusi emel, mwmanila@ kln.gov.my.

Pejabat Konsul Besar Malaysia di Davao terletak di Tingkat 2, Usman Building, Diho Subdivisio­n Road, Buhangin, Davao City 8000 Filipina dan boleh dihubungi menerusi talian +63 82 221 4050 dan +63 936 9684001 atau emel di alamat mwdavao@kln.gov.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia