Utusan Borneo (Sarawak)

JKN perlukan kerjasama laksanakan kebajikan: TPM

-

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa lebih banyak syarikat korporat, badan swasta, institusi kewangan dan institusi pengajian tinggi menjalin kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi membantu pesakit yang memerlukan rawatan dialisis.

Dr Wan Azizah yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN berkata kerjasama pintar dengan pelbagai pihak amat penting demi kebajikan dan kelangsung­an hidup kumpulan sasar yang memerlukan rawatan berkenaan.

“Bagi penubuhan dan pen- goperasian YKN Dialisis ini, pihak YKN mendapat sokongan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk syarikat korporat dan badan swasta serta institusi pengajian tinggi sama ada melalui sumbangan mesin dialisis, barangan keperluan dan ubat-ubatan atau penajaan pesakit,” katanya ketika berucap bersempena lawatan ke Pusat Dialisis Universiti Malayisa Sabah (UMS)-YKN Sabah di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew dan Naib Canselor UMS Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

Dr Wan Azizah berkata sehingga kini YKN telah menubuhkan enam pusat di- alisis di seluruh negara iaitu, YKN Dialisis Lembah Pantai, Kuala Lumpur, YKN Dialisis Rompin, Pahang, YKN Dialisis Kota Bharu, Kelantan, YKN Dialisis Kuala Terengganu, Terengganu dan Pusat Dialisis UMS-YKN.

Beliau berkata pemilihan lokasi pewujudan pusat dialisis adalah berdasarka­n jumlah pesakit yang memerlukan rawatan dialisis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia